Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion

Diterbitkan November 17, 2026 · Dikemas kini November 17, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menetapkan TM Technology Services Sdn. Bhd. (TM) sebagai pemberi perkhidmatan sejagat untuk mereka bentuk, melaksana dan mengendalikan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2.7 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan projek yang dibiayai menerusi Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) itu bertujuan meningkatkan kapasiti sambungan komunikasi antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain menyediakan laluan alternatif bagi trafik data sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada kabel dasar laut sedia ada.

“Ia sekali gus menyokong penyediaan perkhidmatan digital yang lebih andal kepada komuniti, perniagaan dan kerajaan. Selain itu, ia juga akan menyediakan laluan alternatif bagi trafik data, sekali gus mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan sekiranya kabel dasar laut sedia ada mengalami gangguan atau kerosakan,” menurut MCMC, seperti dilaporkan Bernama.

Dengan jajaran sepanjang kira-kira 5,500 kilometer, sistem tersebut akan dilaksanakan berdasarkan teknologi kabel dasar laut Alcatel Submarine Networks (ASN). Pembangunan ini juga dilihat penting memandangkan penggunaan kapasiti rangkaian kabel dasar laut sedia ada yang mula beroperasi pada 2017 kini telah mencecah kira-kira 85%.

Menurut MCMC, projek berkenaan akan merangkumi 10 stesen pendaratan kabel dasar laut baharu di seluruh negara. Dua daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia, iaitu Cherating dan Sedili.

Sementara itu, tiga stesen akan dibangunkan di Sarawak, melibatkan Kuching, Sibu (Matu) dan Bintulu (Samalaju). Lima lagi stesen akan ditempatkan di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau.

Dengan kapasiti tambahan ini, sistem SALAM akan menyokong keperluan rangkaian jalur lebar dan 5G, perkhidmatan awan, kecerdasan buatan (AI) serta pusat data, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk memperluas peluang digital, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Empat pasangan gentian optik akan dikhususkan bagi memenuhi keperluan strategik negara, termasuk infrastruktur awan berdaulat, perkhidmatan digital kerajaan dan keselamatan siber,” tambah MCMC.

Pelaksanaan projek SALAM dijadualkan bermula pada pertengahan Disember ini dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku pertama 2030.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI
  • MCMC Pelawa Syarikat Kemuka Draf Pelan Untuk Projek Kabel Dasar Laut MADANI
  • TM Berminat Sertai Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY