Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh ariff bukhari

Yamaha telah memperkenalkan motosikal konsep berasaskan model MT-09 menggunakan teknologi PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle).

Mengekalkan reka bentuk agresif MT-09 terkini, PHEV prototaip Yamaha ini hadir dengan bahagian tengah yang lebih besar bagi menempatkan komponen hibrid.

MT-09 Hibrid
Motosikal konsep ini menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik untuk pengalaman lebih mesra alam.
MT-09 Hibrid 1

Dilengkapi dengan gril pada bahgian tangki bahan api yang berfungsi sebagai ventilasi penyejukan untuk sistem hibrid, motosikal ini akan beroperasi dengan kuasa elektrik pada kelajuan rendah, sesuai untuk perjalanan bandar.

Manakala enjin petrolnya pula aktif secara automatik selepas motosikal ini memecut melebihi kelajuan 58 km/j.

MT-09 Hibrid 3
MT-09 Hibrid 2

 

Dalam mod automatik, sebaik sahaja motosikal itu dihentikan, ia akan bertukar kepada pemanduan EV dipacu motor di mana Yamaha menyatakan peralihan sistem itu sebagai sangat lancar.

Masih dalam peringkat konsep tanpa pelan pengeluaran rasmi, tetapi Yamaha menyatakan mereka rancang menyasarkan untuk memperkenalkan teknologi PHEV ini pada barisan motosikal berkuasa tinggi mereka.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Cat Baharu Nissan Bantu Kekalkan Suhu Sejuk Kereta Di Bawah Panas Terik
  • Tak Perlu 'Warm-Up' Lama, Pakai Kasut Nike Baharu Ni Boleh Terus Lari

Sumber: Yamaha Motor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY