Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Perlu ‘Warm-Up’ Lama, Pakai Kasut Nike Baharu Ni Boleh Terus Lari

Posted on Mei 6, 2025Mei 6, 2025

Nike dan Hyperice berkolaborasi memperkenalkan kasut penuh teknologi yang dikenali sebagai Hyperboot.

Kasut inovatif ini dilengkapi dengan teknologi pemanasan dan mampatan udara dinamik untuk meningkatkan pemanasan dan pemulihan pada kaki atlet.

Hyperboot oleh Nike x Hyperice  direka untuk membantu mempercepatkan pemanasan dan pemulihan kaki atlet.

Sistem dual-air bladder kasut ini dengan corak mampatan dan elemen pemanasan HyperHeat, membantu melancarkan pergerakan dan mempercepat pemulihan otot kaki.

Antara lelebihan utama kasut ini adalah ia boleh digunakan di mana-mana yang sesuai untuk pelbagai aktiviti serta anda boleh meneruskan aktiviti itu tanpa perlu duduk rehat sebentar untuk otot pulih.

Nike menyatakan, atlet terkenal seperti Sha’Carri Richardson dan Jayden Daniels telah memuji keberkesanana Hyperboot dalam rutin harian mereka serta meningkatkan kesediaan fizikal dan mental mereka dalam pertandingan.

Anda boleh mengawal tetapan kasut mereka dengan mudah dengan menekan butang, dikuasakan oleh pek bateri terbina dan memilih tiga tahap mampatan dan tiga tahap haba yang berbeza. Ia juga boleh disambungkan ke aplikasi mudah alih Hyperice untuk memperibadikan pengalaman.

Hyperboot akan tersedia di Amerika Utara mulai 17 Mei ini pada harga USD899 (~RM3,800) dan akan diperluaskan ke pasaran global kemudian dalam tahun ini juga.

{suggest}

Sumber: NIKE, Inc.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress