Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi gran turismo 7

Xiaomi SU7 Ultra Kini Dalam Gran Turismo 7

Diterbitkan Jun 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi dan Polyphony Digital baru-baru ini mengumumkan kerjasama bersejarah di acara Gran Turismo World Series 2025, di mana Xiaomi SU7 Ultra, EV berprestasi tinggi milik Xiaomi akan tampil dalam Gran Turismo 7 untuk PS4 dan PS5.

Ini menjadikan SU7 Ultra model Xiaomi pertama dalam francais ikonik tersebut.

xiaomi su7 gran turismo

Kerjasama ini tercetus selepas pertemuan antara Kazunori Yamauchi (pencipta Gran Turismo) dan Lei Jun (CEO Xiaomi) di Beijing, di mana Yamauchi memuji SU7 Ultra sebagai simbol keberanian, keghairahan dan kecanggihan teknologi Xiaomi. Ia seiring dengan falsafah Gran Turismo.

SU7 Ultra hadir dengan HyperEngine V8s, 3 motor, 1,548 PS, dan pecutan 0–100 km/h dalam 1.98 saat, serta kejuruteraan aerodinamik serba ringan (21 komponen gentian karbon). Model ini diuji secara intensif di Nürburgring untuk prestasi dan keselamatan dunia sebenar.

Xiaomi dan Gran Turismo akan turut membangunkan VISION GRAN TURISMO, iaitu konsep EV masa depan untuk permainan. Kerjasama ini memperkukuh kedudukan Xiaomi sebagai pemain serius dalam arena EV global dan budaya automotif digital.

Berkaitan

  • SU7 Jadikan Xiaomi Syarikat Pemula EV Ke-8 Terbesar Di China
  • Xiaomi SU7 Ultra Dilancar, 0-100 km/j Dalam Masa 1.98 saat
  • Selepas Populariti Melepasi Tesla, Jualan EV Xiaomi SU7 Di China Merudum
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY