Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7

Selepas Populariti Melepasi Tesla, Jualan EV Xiaomi SU7 Di China Merudum

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas muncul di pasaran dengan momentum tinggi, kenderaan elektrik (EV) Xiaomi menghadapi kejatuhan ketara dalam tempahan baharu untuk sedan elektrik SU7 mereka.

Menurut laporan Reuters, Xiaomi SU7 alami penurunan sebanyak 55% pada April berbanding bulan sebelumnya, Mac.

Malah hanya sejumlah 13,500 tempahan direkodkan dalam dua minggu pertama Mei, berbanding 23,000 seminggu pada Mac.

Keadaan ini berlaku selepas EV Xiaomi itu terlibat dengan insiden kemalangan maut yang mungkin menimbulkan kebimbangan serius pengguna terhadap ciri pemanduan pintarnya.

xiaomi SU7 ultra_5
Xiaomi SU7 Ultra.

SU7 juga berdepan kritikan pengguna terhadap penutup bonet gentian karbon yang dijual sebagai peningkatan pilihan bagi model SU7 Ultra bernilai 42,000 yuan (~RM25,000) yang didakwa tidak menepati janji spesifikasi asal.

Hampir 400 pemilik SU7 Ultra dilaporkan telah meminta untuk pemulangan wang selepas mendakwa bahawa penutup pilihan itu tidak mempunyai saluran dalaman, bercanggah dengan kenyataan awal oleh CEO Lei Jun.

Selain itu, pelanggan turut merungut tentang anggaran masa penghantaran  SU7 yang mencetuskan kekeliruan dengan menggesa Xiaomi supaya lebih telus dengan tempoh penghantaran EV tersebut.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Intel Umum Arc Pro B50 & B60: Bukan GPU 'Gaming', Tapi 'Gamer' Pun Patut Ambil Tahu
  • Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY