Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SU7 Jadikan Xiaomi Syarikat Pemula EV Ke-8 Terbesar Di China

SU7 Jadikan Xiaomi Syarikat Pemula EV Ke-8 Terbesar Di China

Diterbitkan Mei 19, 2024 ยท Dikemas kini Mei 19, 2024 oleh ariff bukhari

Dari pembuat telefon pintar, Xiaomi kini telah menjadi syarikat pemula kenderaan elektrik (EV) ke-8 terbesar di China selepas kejayaan menjual lebih 7,000 unit model pertamanya, sedan SU7 pada April.

Status Xiaomi itu sekaligus menggantikan jenama Avatr EV daripada Chongqing Changan Automobile milik kerajaan China yang sebelum ini memegang takhta tersebut, menurut analisis Reuters terhadap data jualan bulanan daripada platform maklumat kereta ByteDance Dongchedi.

Malah Xiaomi dilihat dengan kukuh menerjah ke dalam pasaran EV yang sesak di China telah bersedia untuk meningkatkan lagi pengeluaran SU7 mereka di tengah-tengah perang harga yang sengit, walaupun permintaan ke atas EV kini semakin lemah.

Xiaomi telah menjual sebanyak 7058 SU7 pada April lalu, sejak model itu dilancarkan pada akhir Mac, dan mereka menyasarkan lebih daripada 100,000 penghantaran tahun ini, yang sepadan dengan purata jualan bulanan sebanyak 11,618 unit untuk baki tahun 2024 ini.

Anggaran jualan bulanan Xiaomi lebih daripada 11,000 unit untuk baki tahun ini juga meletakkannya dalam persaingan sengit dengan Volkswagen, yang telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan jenama auto asing yang lain dalam bersaing dengan pemain EV China.

Xiaomi menyatakan bahawa, mereka berupaya menghasilkan seunit SU7 pada setiap 76 saat di dalam kilang EV mereka yang berkeluasan 718,000 meter/segi yang dipacu hampir sepenuhnya oleh robot.

Xiaomi SU7 ditawar dalam 3 varian iaitu Standard, Pro dan Max dengan masing-masing berharga RMB215,900 (~RM141,572), RMB245,900 (~RM161,244) dan RMB299,900 (~RM196,654).

Berkaitan

  • Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah
  • Xiaomi SU7 Dilancar, Spesifikasi Lebih Berkuasa Dan Murah Dari Tesla
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY