Xiaomi baru sahaja melancarkan siri Xiaomi 17 di China dengan tiga model – Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro, dan Xiaomi 17 Pro Max. Semua model dikuasakan cip andalan baharu Snapdragon 8 Elite Gen 5, GPU Adreno 840, serta Android 16 dengan HyperOS 3.
Bagi yang tertanya-tanya, Xiaomi melangkau nombor siri “16” kepada “17” adalah disebabkan strategi bersaing secara terus dengan siri iPhone 17.
Xiaomi 17
Model asas tampil dengan skrin OLED LTPO 6.3 inci (2656×1220), kadar segar semula 120Hz dan perlindungan Dragon Crystal Glass.
Kamera belakang menampilkan tiga sensor 50MP (utama Light Hunter 950 OIS, ultra lebar OV50M, telefoto Samsung JN5), manakala kamera hadapan 50MP.
Bateri 7,000mAh menyokong 100W pengecasan berwayar serta 50W tanpa wayar. Ciri lain termasuk USB-C 3.2, WiFi 7, Bluetooth 5.4, NFC, IR blaster, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, serta penarafan IP68/IP69.
Harga bermula ¥4,499 (~RM2,655).
Xiaomi 17 Pro
Xiaomi 17 Pro mengekalkan skrin utama LTPO OLED 6.3 inci tetapi hadir dengan skrin kedua OLED 2.66 inci (904×572) di belakang untuk pratonton kamera dan notifikasi. Sistem kamera dinaik taraf dengan 50MP Light Hunter 950L OIS, 50MP ultra lebar OV50M, dan 50MP Samsung GN8 telefoto.
Ia dibekalkan bateri 6,300mAh dengan pengecasan 100W berwayar,50W wayarles dan 22.5W berbalik (wayar, wayarles). Peranti setebal 8mm dengan berat 192g.
Harga bermula ¥4,999 (~RM2,950).
Xiaomi 17 Pro Max
Model paling premium menampilkan skrin OLED LTPO 6.9 inci (2608×1200) bersama skrin belakang 2.86 inci (976×596). Ia dilengkapi kamera sama seperti 17 Pro dengan sentuhan Leica.
Bateri lebih besar 7,500mAh, turut menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 50W wayarles dan 22.5W berbalik (wayar, wayarles). Berat sekitar 219g dengan ketebalan 8mm.
Harga bermula ¥5,999 (~RM3,540).
Ketersediaan
Buat masa ini, siri Xiaomi 17 hanya dilancar untuk pasaran China. Belum ada pengumuman rasmi untuk pasaran global termasuk Malaysia. Namun, ia dijangka akan hadir ke pasaran tempatan seawal tahun 2026.
{suggest}