Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi HyperOS 3.0

Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar

Diterbitkan Ogos 29, 2025 · Dikemas kini Ogos 29, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi akhirnya secara rasmi melancarkan sistem operasi terbaharu mereka, HyperOS 3.0, yang menjanjikan pengalaman pengguna lebih lancar dan pintar.

Kemas kini ini memperkenalkan antara muka yang lebih menarik serta ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan, menjadikannya antara inovasi paling signifikan dalam ekosistem Xiaomi.

Antara ciri paling menonjol ialah “Super Island”, paparan interaktif di bahagian atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aktiviti aplikasi secara langsung seperti tempahan penerbangan, pemasa, muzik dan mesej.

Ciri ini juga boleh untuk akses pantas dan kekal aktif dalam panel notifikasi.

Xiaomi Super Island

Reka bentuk ikon dan susun atur skrin utama turut menerima sentuhan baharu yang diinspirasikan daripada iOS 18, termasuk bar status dan grid yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna.

Xiaomi juga memperkenalkan aplikasinya sendiri menggantikan Google dialer, serta aplikasi foto baharu yang menawarkan pengurusan gambar lebih efisien.

Xiaomi HyperOS 3

Dalam aspek AI pula, Super Xiao AI kini lebih pintar dan responsif, manakala AI Connect membolehkan pengguna berkongsi data antara peranti Xiaomi dan Apple seperti iPhone, iPad dan Mac tanpa sambungan fizikal.

Malah, pengguna boleh membalas mesej Xiaomi melalui peranti Apple mereka.

Apple Xiaomi HyperOS 3

Pelancaran versi beta HyperOS 3.0 telah bermula untuk beberapa model telefon dan tablet terpilih, dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti dalam masa terdekat.

Berikut adalah senarai peranti yang akan menerima HyperOS 3.0 secara berperingkat:

29 Ogos

  • Xiaomi 15 Ultra
  • Xiaomi 15S Pro
  • Xiaomi 15 Pro
  • Xiaomi 15
  • Redmi K80 Pro
  • Redmi K80 Extreme Edition
  • Xiaomi Pad 7S Pro 12.5
  • Xiaomi Pad 7 Pro

17 September

  • Xiaomi MIX Flip 2
  • Redmi K80
  • Xiaomi Pad 7 Ultra
  • Xiaomi Pad 7
  • Redmi K Pad
  • Xiaomi TV S Pro Mini LED 2025 series
  • Xiaomi TB S Pro Mini LED series

30 September

  • Xiaomi MIX Fold 4
  • Xiaomi MIX Flip
  • Xiaomi 14 Ultra/Titanium Special Edition
  • Xiaomi 14 Pro/Titanium Special Edition
  • Xiaomi 14
  • Redmi K70 Pro
  • Redmi K70 Extreme Edition
  • Redmi K70
  • Redmi K70E
  • Xiaomi Pad 6S Pro 12.4

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Semua Kaunter JPJ Di Seluruh Negara Kini Sokong e-Dompet
  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY