Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad mini

Xiaomi Pad Mini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2,299

Diterbitkan September 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi hari ini melancarkan Xiaomi Pad Mini di Malaysia, menandakan kemasukan pertama tablet mini jenama itu ke pasaran tempatan.

Direka untuk produktiviti ringan, hiburan dan mobiliti, peranti ini hadir dengan skrin 8.8 inci 3K serta rekaan kompak yang hanya 6.46mm nipis dan seberat 326g.

Skrin 3K Dengan 165Hz

Xiaomi Pad Mini dilengkapi paparan 3008×1880 piksel dengan kepadatan 403 ppi dan kadar segar semula adaptif sehingga 165Hz. Ia turut menyokong Dolby Vision, HDR, serta kecerahan puncak 700 nits untuk paparan jelas dalam pelbagai keadaan cahaya.

Pensijilan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah, Flicker Free dan Circadian Friendly memastikan keselesaan visual untuk penggunaan berpanjangan.

Prestasi & Bateri

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400+ berasaskan proses 3nm, tablet ini menawarkan prestasi tinggi dengan pilihan storan 12GB RAM + 512GB. Bateri 7500mAh disokong pengecasan pantas 67W HyperCharge, manakala fungsi 18W pengecasan berbalik membolehkan ia mengecas peranti lain.

Ciri Tambahan

Xiaomi Pad Mini menyokong Xiaomi Focus Pen untuk penulisan tepat dengan latensi rendah, sesuai untuk kreativiti dan produktiviti. Ia juga hadir dengan Xiaomi Pad Mini Cover bernilai RM299 secara percuma.

Sistem operasi HyperOS 2 dilengkapi ciri Xiaomi HyperAI termasuk AI Writing, AI Interpreter, AI Art, AI Calculator, serta integrasi Google Gemini dan Circle to Search.

Harga & ketersediaan

Xiaomi Pad Mini_1080x1350

Xiaomi Pad Mini (12GB+512GB) dijual di Malaysia pada harga RM2,299. Untuk promosi awal, ia ditawarkan pada RM1,999. Warna yang tersedia ialah Gray, boleh dibeli di kedai rasmi Xiaomi (TRX, IPC, Paradigm Mall), laman mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 Rasmi - Kelajuan CPU Sehingga 4.6GHz, Sokong APV Codec Dan Unreal Engine 5
  • Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY