Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15T Pro_Pro Recording (1)

Siri Xiaomi 15T Rasmi, Dipacu MediaTek Dengan Harga Bermula RM1,899

Diterbitkan September 25, 2025 · Dikemas kini September 25, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan di China semalam, Xiaomi Malaysia hari melancarkan Xiaomi 15T Series di Malaysia yang terdiri daripada Xiaomi 15T dan 15T Pro.

Siri ini menampilkan sistem kamera tiga lensa hasil kerjasama dengan Leica, termasuk kamera telefoto 5x baharu pada 15T Pro.

Xiaomi 15T-Handhold 03-Rose Gold-R7
Xiaomi 15T dengan warna Rose Gold.

Kamera utama 50MP dengan lensa Leica Summilux dan sensor Light Fusion 900 menghasilkan gambar tajam, warna terang dan jelas serta prestasi rendah cahaya lebih baik.

Untuk video, kedua-dua model menyokong rakaman 4K HDR10+, manakala 15T Pro menambah 4K 120fps dan rakaman log 10-bit untuk penghasilan sinematik.

Dilengkapkan lagi dengan teknologi Xiaomi AISP 2.0, ia menambah baik potret, warna, dan bokeh.

Xiaomi 15T Pro_Summary_Mocha Gold_R6
Xiaomi 15T Pro.

Ciri lain termasuk komunikasi luar talian sehingga 1.9km (tanpa rangkaian), HyperOS 3 dengan rekaan baharu, serta skrin besar 6.83 inci dengan kecerahan 3200 nits serta kadar segar 120Hz.

Bagi bahagian bateri pula, siri Xiaomi 15T dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5500mAh. Tetapi bagi model Pro, ia menyokong pengecasan pantas 90W berwayar/50W tanpa wayar, berbanding Xiaomi 15T standard hanya menyokong 67W.

Xiaomi 15T dipacu MediaTek Dimensity 8400-Ultra ditawar pada harga bermula RM1,899, manakala Xiaomi 15T Pro dipacu cip MediaTek Dimensity 9400+ ditawar pada harga bermula RM2,699.

Siri Xiaomi 15T Rasmi, Dipacu MediaTek Dengan Harga Bermula RM1,899
Siri Xiaomi 15T Rasmi, Dipacu MediaTek Dengan Harga Bermula RM1,899

Tempahan bagi siri Xiaomi 15T telah dibuka di mana pembeli awal menikmati diskaun sebanyak RM200. Malah Xiaomi turut menawarkan kemudahan trade-in yang memberikan anda rebat sehingga RM600 untuk memiliki telefon baharu Xiaomi ini.

Siri Xiaomi 15T Rasmi, Dipacu MediaTek Dengan Harga Bermula RM1,899
Siri Xiaomi 15T Rasmi, Dipacu MediaTek Dengan Harga Bermula RM1,899

Beli barisan produk Xiaomi dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzgf3
  • Lazada – https://invl.me/clmzgf4

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 Rasmi - Kelajuan CPU Sehingga 4.6GHz, Sokong APV Codec Dan Unreal Engine 5
  • Xiaomi Pad Mini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY