Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA VI

Xbox Dilaporkan Peroleh Hak Penstriman Eksklusif GTA 6

Diterbitkan Oktober 7, 2026 oleh Amalina Athman

Xbox dilaporkan bakal mendapat satu kelebihan untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6) apabila permainan itu dilancarkan pada November ini.

Menurut laporan The Verge, Microsoft telah mendapatkan perjanjian yang memberikan Xbox Cloud Gaming hak penstriman eksklusif untuk GTA 6 ketika pelancaran. Laporan itu memetik sumber yang mengetahui rancangan Microsoft, selepas Ketua Pegawai Eksekutif Xbox, Asha Sharma, dikatakan memberitahu kakitangan bahawa syarikat itu sedang menyediakan sesuatu berkaitan GTA 6 yang “tidak dilakukan oleh mana-mana pemilik platform lain”.

Perkembangan ini menjadi lebih menarik memandangkan Rockstar Games setakat ini hanya mengumumkan GTA 6 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Sekiranya laporan tersebut tepat, penawaran melalui Xbox Cloud Gaming berpotensi memberikan pemain PC satu lagi cara untuk memainkan GTA 6 melalui penstriman awan, sekurang-kurangnya ketika pelancaran – tanpa bergantung kepada konsol Xbox Series X|S atau PlayStation 5.

Dalam perkembangan sebelum ini, Microsoft turut mengumumkan perubahan terhadap Xbox Cloud Gaming. Mulai November, akses penstriman untuk pelanggan Game Pass akan tertakluk kepada had penggunaan bulanan mengikut pelan, manakala Microsoft juga akan memperkenalkan pilihan bayaran mengikut penggunaan untuk pengguna yang tidak mahu bergantung kepada langganan Game Pass.

Berbalik kepada konteks, Microsoft dan Rockstar Games buat masa ini masih belum mengesahkan secara rasmi laporan mengenai perjanjian hak penstriman eksklusif GTA 6 tersebut, termasuk tempoh perjanjian berkenaan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 
  • XBOX Cloud Gaming Dalam Game Pass Akan Dihadkan Mengikut Jam Bulanan Mulai November
  • GTA 6 Tak Dilancarkan Serentak Seluruh Dunia, New Zealand Jadi Yang Terawal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY