Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Uji Ciri Privasi Untuk Hadkan Perkongsian Mesej

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri privasi sembang untuk mengehadkan perkongsian mesej dalam aplikasi pemesejan tersebut.

Seperti dilaporkan oleh WABetaInfo, pilihan ini akan membolehkan pengguna mengaktifkan tahap privasi yang lebih tinggi untuk sembang individu atau berkumpulan.

Apabila diaktifkan, ciri ini akan menghalang sesiapa dalam perbualan daripada secara automatik menyimpan gambar dan video yang diterima dalam galeri peranti.

advanced chat privacy whatsapp_wabetainfo

Untuk pengetahuan, keupayaan ini telah pun ditawarkan pada sembang dengan ciri mesej menghilang (disappearing messages), dan WhatsApp kini merancang unuk meluaskan ciri ini kepada mana-mana perbualan di mana tetapan privasi tersebut diaktifkan.

Selain mengehadkan penyimpanan media, ciri ini juga akan menghalang keupayaan untuk mengeksport keseluruhan sejarah sembang.

Dengan ciri ini, ia akan memberi manfaat kepada pengguna yang ingin memastikan perbualan tidak dikongsi, disimpan atau diarkibkan tanpa pengetahuan. Ia juga membantu melindungi kandungan sensitif seperti gambar peribadi, perbualan persendirian atau perbualan kumpulan yang sulit.

Walaupun pengguna masih boleh forward mesej individu, tujuan ciri ini bukanlah untuk menyekat perkongsian mesej tunggal. Sebaliknya, ia bertujuan untuk menghalang keseluruhan perbualan daripada mudah dieksport atau disimpan di luar aplikasi.

Buat masa ini, ciri privasi untuk mengehadkan perkongsian mesej masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone
  • WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Muzik Pada Status

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY