Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini Mac 29, 2025 oleh Amalina Athman

Pengguna iPhone kini boleh menetapkan WhatsApp sebagai aplikasi default untuk panggilan dan pemesejan.

Seperti pertama kali dilaporkan WABetaInfo, versi terbaru WhatsApp untuk iOS (v25.8.74) kini menyokong pilihan tersebut. Pengguna hanya perlu buka aplikasi Settings, tatal hingga ke bawah, pilih Apps > Default Apps, dan tetapkan WhatsApp sebagai aplikasi utama untuk pemesejan dan panggilan.

WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone

Dengan menetapkan WhatsApp sebagai default, semua tindakan berkaitan akan menggunakan aplikasi ini secara automatik.

Sebagai contoh, apabila pengguna klik nombor telefon dalam mana-mana aplikasi (seperti di Instagram atau Google Maps), panggilan atau mesej akan dibuat terus melalui WhatsApp, menggantikan aplikasi Phone dan Messages dalam iOS.

Buat pengetahuan, bermula dengan iOS 18.2, Apple membolehkan pengguna memilih aplikasi default untuk pelbagai tugas, termasuk panggilan, pemesejan, e-mel, pelayar web dan pengurusan kata laluan. Langkah ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyesuaikan pengalaman komunikasi tanpa terikat kepada aplikasi terbina Apple.

Dengan ciri ini, pengguna WhatsApp turut mendapat pelbagai ciri tambahan, seperti penyulitan hujung ke hujung untuk komunikasi yang lebih selamat, penghantaran fail multimedia serta panggilan antarabangsa tanpa kos tambahan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • WhatsApp Kini Bolehkan Pengguna Tambah Lagu Dalam Status
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY