Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp music

WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Muzik Pada Status

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp secara rasmi hari ini melancarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah muzik pada kemas kini Status mereka.

Perlu diambil perhatian bahawa sejumlah pengguna telah pun mendapat akses kepada ciri ini sejak beberapa minggu lalu, malah ada yang menerimanya lebih awal.

Namun, dengan pengumuman rasmi daripada WhatsApp, ia menandakan pelancarannya secara meluas serta ketersediaan untuk lebih ramai pengguna di peringkat global.

WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Muzik Pada Status

Jika anda pengguna Facebook, pastinya sudah biasa dengan ciri ini. Seperti di Facebook, pengguna boleh mengekalkan audio asal sambil menambah muzik sebagai latar. Ini menjadikannya sedikit berbeza daripada Instagram, yang tidak menawarkan pilihan sedemikian.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu klik ikon “nota muzik” pada bahagian atas skrin semasa mengemas kini Status. Seterusnya, carian lagu boleh dibuat melalui katalog muzik yang tersedia.

Apabila muzik ditambah pada foto, ia akan secara automatik menjadi video berdurasi 15 saat. Bagi kemas kini Status berbentuk video, durasi muzik akan disesuaikan mengikut tempoh video tersebut.

Dengan pelancaran rasmi ciri ini, pengguna kini boleh memeriahkan lagi kemas kini Status –  terutamanya pada musim perayaan ini dengan lagu raya pilihan anda.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Simpan Gambar, Video Daripada Status
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Lagu Spotify Dalam Status

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY