Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video

Diterbitkan Mac 12, 2025 · Dikemas kini Mac 12, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu bagi meningkatkan privasi pengguna semasa panggilan video.

Ketika ini, kamera hadapan dihidupkan secara automatik apabila menerima panggilan video, tanpa pilihan untuk mematikannya terlebih dahulu. Satu-satunya cara ialah menjawab panggilan sebelum menutup kamera secara manual.

Walaupun tidak menjadi isu bagi sesetengah pengguna, ada situasi di mana lebih selesa membiarkan kamera dimatikan – terutamanya apabila menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali atau sekadar tidak mahu muncul di skrin.

Namun, perkara itu bakal berubah dengan kemas kini akan datang, memberikan penyelesaian yang dinantikan oleh ramai pengguna.

Dalam versi beta terbaru WhatsApp (2.25.7.3 untuk Android), pengguna mempunyai pilihan untuk mematikan kamera sebelum menjawab panggilan video.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video

Seperti dalam tangkap layar, pilihan “Turn off your video” akan muncul ketika menerima panggilan video. Dengan klik pilihan tersebut, kamera akan dimatikan serta-merta dan panggilan akan diterima dalam mod suara sahaja.

Antara muka baharu itu juga memaparkan arahan “Accept without video” ketika kamera dimatikan, memastikan pengguna sedar bahawa mereka boleh menjawab panggilan video tanpa perlu kelihatan di skrin. Jika berubah fikiran, terdapat pilihan “Turn on your video” untuk kembali ke mod panggilan video.

Selain meningkatkan privasi, ciri ini berpotensi mengurangkan kes penipuan, terutamanya melibatkan eksploitasi panggilan video untuk memeras ugut mangsa.

Walaupun WhatsApp belum mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya, ciri ini dijangka tersedia untuk semua pengguna dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar
  • Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil
  • WhatsApp Uji Widget Baharu, Mudah Untuk Akses Meta AI

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY