Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Uji Ciri Notifikasi Peringatan Untuk Mesej Dalam Perbualan

Diterbitkan Julai 22, 2025 ยท Dikemas kini Julai 22, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan notifikasi peringatan bagi mesej tertentu dalam perbualan.

Melalui menu pilihan pada sesuatu mesej, pengguna akan melihat pilihan baharu untuk menetapkan peringatan. WhatsApp menawarkan beberapa tempoh seperti dua jam, lapan jam atau 24 jam, selain pilihan untuk menetapkan tarikh dan masa khusus mengikut kesesuaian pengguna.

reminder mesej whatsapp

Selepas peringatan ditetapkan, ikon loceng kecil akan muncul pada bahagian mesej sebagai penanda visual. Apabila tiba waktu yang dijadualkan, WhatsApp akan menghantar notifikasi lengkap dengan kandungan mesej asal, pratonton jika ia berupa imej, video atau GIF serta nama perbualan berkaitan.

Perlu diketahui bahawa semua peringatan mesej ini dikendalikan sepenuhnya dalam peranti dan tidak dikongsi dengan pengguna lain dalam perbualan. Hanya pengguna yang menetapkan peringatan akan melihatnya.

Dengan ciri ini, ia membolehkan kandungan penting muncul semula pada waktu yang tepat dan tidak ‘tenggelam’ dengan aliran perbualan lain.

Ciri ini sangat berguna, terutamanya untuk menjejak tugasan dalam kumpulan, soalan kerja yang memerlukan jawapan lebih teliti atau mesej peribadi yang memerlukan perhatian kemudian.

Buat masa ini, ciri notifikasi peringatan mesej hanya tersedia kepada sebahagian pengguna beta yang memasang kemas kini terbaru WhatsApp beta untuk Android. Ia dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Emoji Animasi, Pelekat Video
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY