Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet

Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh ariff bukhari

Pengasas yang juga bekas CEO Twitter, Jack Dorsey, telah melancarkan aplikasi sembang baharu yang dinamakan sebagai bitchat.

Apa yang menariknya dengan aplikasi ini adalah ia berfungsi tanpa memerlukan sambungan internet, tanpa nombor telefon, tanpa e-mel dan tanpa pelayan pusat.

Aplikasi ini menggunakan rangkaian mesh Bluetooth peer-to-peer (P2P) untuk menghantar mesej antara peranti berdekatan secara disulitkan dan sementara.

https://x.com/jack/status/1941989435962212728?

Mesej dihantar dari satu telefon ke telefon lain melalui kelompok Bluetooth tempatan, dan boleh sampai ke pengguna berdekatan dengan bantuan peranti “bridge” yang menghubungkan kelompok-kelompok itu.

Aplikasi ini sesuai digunakan dalam situasi internet disekat atau dipantau, seperti semasa protes atau gangguan komunikasi.

bitchat menekankan privasi dan kebebasan komunikasi, selaras dengan visi Dorsey untuk media sosial dan sistem mesej.

Aplikasi ini menyokong mesej berkumpulan melalui “room” yang boleh dilindungi kata laluan dan tidak menyimpan data pengguna.

https://x.com/jack/status/1942402456933061103

bitchat menunjukkan bahawa pemesejan peribadi yang selamat boleh dilakukan tanpa infrastruktur berpusat.

Dengan menggabungkan rangkaian mesh Bluetooth, penyulitan hujung ke hujung dan protokol pemeliharaan privasi, bitchat menyediakan komunikasi berdaya tahan yang berfungsi di mana-mana orang berkumpul, tanpa mengira ketersediaan internet.

Kemas kini aplikasi ini di masa depan akan menambah sokongan WiFi Direct bagi meningkatkan kelajuan dan jarak.

Versi beta Bitchat telah pun tersedia langsung di TestFlight, dengan maklumat penuh berkaitannya tersedia di GitHub.

https://x.com/jack/status/1941989439237955773

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • 40 Ribu Pengguna Di Malaysia Kini Gunakan Aplikasi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Setiap Hari
  • Kelajuan Wi-Fi Di KLIA Masih Terlalu Jauh Perlahan Berbanding Lapangan Terbang Lain
  • Rekaan Lebih Segar, MySejahtera Kini Berwajah Baru

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY