Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp – Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih

Diterbitkan Jun 19, 2025 ยท Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperluaskan ciri penjanaan imej ChatGPT melalui aplikasi WhatsApp, membolehkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan (AI) secara terus dalam perbualan di aplikasi pemesejan itu.

Untuk mencuba, pengguna hanya perlu menghantar arahan berbentuk teks atau imej melalui 1-800-ChatGPT.

ChatGPT image generation is now available in WhatsApp via 1-800-ChatGPT.

Now available to everyone.https://t.co/RF3A1bDU4n

— OpenAI (@OpenAI) June 16, 2025

Sebelum ini, ciri ini hanya boleh diakses melalui laman web atau aplikasi mudah alih ChatGPT. Kini, dengan kehadiran di WhatsApp, proses janaan imej menjadi lebih pantas dan mudah.

Had harian & akses percuma

Pengguna tanpa akaun ChatGPT masih boleh menggunakan ciri ini secara percuma, namun hanya terhad kepada satu imej setiap 24 jam.

ChatGPT janaan imej AI WhatsApp_

Untuk menjana lebih banyak imej setiap hari, pengguna hanya perlu pautkan akaun ChatGPT mereka. Selepas dipautkan, pengguna percuma boleh menghasilkan sehingga 15 imej sehari, tertakluk kepada polisi semasa OpenAI. Had ini akan ditetapkan semula setiap 24 jam.

ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp – Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih

Jika mahukan akses tanpa had, pengguna boleh memilih untuk naik taraf ke pelan ChatGPT Plus.

Cara pautkan akaun ChatGPT

Untuk menjana lebih dari satu imej setiap hari, hanya perlu pautkan akaun ChatGPT. Caranya seperti berikut:

1. Setelah mencapai had janaan imej harian, pengguna boleh menghantar prompt janaan imej baharu seperti biasa.

2. Sistem akan membalas dengan mesej bahawa had telah dicapai dan menyertakan pautan untuk pautkan akaun.

ChatGPT janaan imej AI WhatsApp_1

3. Klik pautan tersebut, sahkan pautan akaun dan ikut arahan seterusnya yang dipaparkan pada skrin.

4. Setelah selesai, pengguna boleh meneruskan janaan imej mengikut baki kuota harian yang tersedia.

ChatGPT janaan imej AI WhatsApp_2

Dalam percubaan awal, imej yang dijana mengambil masa sekitar 1 hingga 3 minit untuk siap sepenuhnya.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • ChatGPT Di WhatsApp Sokong Muat Naik Imej & Mesej Suara, Hasilnya Begini
  • Fungsi Memori ChatGPT Percuma Ditingkatkan, Tapi Ada Beza Dengan Versi Berbayar
  • Guna ChatGPT? Sam Altman Dedah Berapa Banyak Tenaga, Air Digunakan Untuk 1 Soalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY