Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna iOS Kelak Boleh Log Masuk Berbilang Akaun WhatsApp Dalam Satu Peranti

Diterbitkan Januari 28, 2025 ยท Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna iOS log masuk dan menguruskan berbilang akaun dalam satu aplikasi dan peranti yang sama – seperti yang ditawarkan untuk pengguna Android sebelum ini.

Ciri baharu ini menjadi sangat berguna, terutamanya bagi individu yang menggunakan WhatsApp dengan pelbagai nombor telefon – sama ada untuk tujuan peribadi, profesional atau lain-lain.

whatsapp multiple log in iOS

Pada masa ini, ramai pengguna bergantung kepada WhatsApp Business untuk menguruskan nombor telefon kedua, walaupun tidak mewakili mana-mana perniagaan.

Ia dianggap sebagai penyelesaian praktikal bagi pengguna yang memerlukan akaun berasingan tetapi tidak mahu beralih ke peranti lain.

Dengan kemas kini akan datang, pengguna boleh menggunakan aplikasi utama untuk menguruskan kedua-dua nombor secara serentak, menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan berbilang akaun tanpa perlu bergantung kepada sebarang kaedah alternatif.

Seperti dinyatakan, keupayaan menambah berbilang akaun pada WhatsApp versi iOS masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Cara Menggunakan Lebih Daripada Satu Akaun Whatsapp Pada Peranti Android
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • WhatsApp Kini Bolehkan Pengguna Tambah Lagu Dalam Status

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY