Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Akan Perkenal Ciri ‘Username’ Pada 2026

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp mengesahkan salah satu kemas kini yang paling dinantikan, iaitu pengenalan nama pengguna (username), akan diperkenalkan tahun hadapan.

Ciri ini membolehkan pengguna berhubung tanpa perlu mendedahkan nombor telefon, sekali gus meningkatkan tahap privasi dan keselamatan ketika berinteraksi di platform itu.

WhatsApp Akan Perkenal Ciri ‘Username’ Pada 2026

Menurut laporan WABetaInfo, dokumen yang dikongsi WhatsApp bersama rakan perniagaan mendedahkan bahawa sokongan untuk nama pengguna akan diperkenalkan sebagai ciri pilihan.

Pelancaran ini juga akan disertakan dengan pengenalan Business-Scoped User ID (BSUID), iaitu pengecam unik yang diberikan kepada setiap pengguna WhatsApp. Melalui BSUID, perniagaan boleh menghubungi pengguna tanpa mengetahui nombor telefon mereka.

Walaupun pengumuman itu ditujukan kepada pengguna API perniagaan, difahamkan ciri berkenaan juga akan tersedia untuk pengguna biasa.

Sebenarnya, WhatsApp sudah memberi petunjuk tentang ciri ini sejak Oktober 2024. Dalam kenyataannya ketika itu, syarikat berkata kemas kini akan datang bakal membolehkan pengguna mengurus dan menyimpan kenalan menggunakan nama pengguna, sekaligus menambah lapisan privasi tanpa perlu berkongsi nombor telefon.

Tempoh persediaan yang panjang ini menunjukkan WhatsApp mungkin mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lancar untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • WhatsApp Sedang Uji Ciri 'Username' Untuk Pengguna Web
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan 'Username' Dengan Sokongan PIN
  • WhatsApp Perkenal Cara Lebih Mudah Urus Dan Tambah Kenalan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY