Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri Pintas Galeri Pada Versi Beta Baharu

Tak Lama Lagi Anda Boleh Buat Panggilan Video Dan Suara Di WhatsApp Web

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video terus dari pelayar web, tanpa perlu memasang aplikasi desktop.

Ini bermakna, pengguna kelak boleh membuat dan menerima panggilan secara langsung melalui pelayar seperti Chrome, Safari, atau Edge.

Ketika ini, keupayaan membuat panggilan hanya ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih dan desktop untuk Windows dan macOS. WhatsApp Web pula hanya menyokong mesej dan perkongsian media, tanpa sebarang sokongan untuk panggilan.

Dengan ciri ini kelak, pengguna yang lebih selesa menggunakan WhatsApp Web boleh membuat panggilan tanpa perlu memasang aplikasi desktop atau beralih peranti.

Tak Lama Lagi Anda Boleh Buat Panggilan Video Dan Suara Di WhatsApp Web

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha WhatsApp untuk menjadikan platformnya lebih fleksibel dan memudahkan pengguna kekal berhubung tanpa mengira peranti atau platform yang digunakan.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa butiran terperinci mengenai cara panggilan suara dan video di WhatsApp Web masih dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Namun, ciri ini dijangka akan menawarkan pengalaman yang serupa dengan aplikasi mudah alih, termasuk pilihan untuk beralih antara panggilan suara dan video secara langsung

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone
  • Kemas Kini Segera WhatsApp Di PC Anda, Tampal Isu Perisian Hasad
  • Rahsiakan 'Chat' Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY