Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Advanced Chat Privacy whatsapp_1

Rahsiakan ‘Chat’ Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan

Diterbitkan April 24, 2025 ยท Dikemas kini April 24, 2025 oleh Amalina Athman

Mula dilaporkan sejak awal April, WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai “Advanced Chat Privacy” atau Privasi Sembang Lanjutan.

Tetapan baharu ini tersedia dalam kedua-dua sembang (chat) individu dan berkumpulan, yang bertujuan menghalang perkongsian kandungan mesej di luar WhatsApp.

Untuk menghidupkan ciri ini, hanya perlu klik nama sembang individu atau berkumpulan. Kemudian, klik “Advanced Chat Privacy” atau Privasi Sembang Lanjutan.

Advanced Chat Privacy whatsapp_2

Apabila ciri ini diaktifkan, pengguna boleh menyekat orang lain daripada mengeksport sejarah sembang, menghalang muat turun media secara automatik ke peranti, serta menggunakan mesej untuk ciri AI.

Buat pengetahuan, WhatsApp secara default akan menyimpan foto dan video dalam sembang ke storan dalaman peranti. Ia juga membenarkan anda dan penerima sembang mengeksport perbualan (dengan atau tanpa media) ke mesej, e-mel, atau aplikasi nota.

Dengan pengaktifan tetapan Privasi Sembang Lanjutan, semua ini akan disekat sama ada dalam sembang berkumpulan mahupun individu.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa ciri ini masih belum mampu menghalang pengguna daripada melakukan tangkap layar (screenshot) mesej atau memuat turun media secara manual daripada sembang.

Menurut WhatsApp, ciri ini paling sesuai digunakan apabila bercakap dengan kumpulan yang anda mungkin tidak begitu mengenali semua orang tetapi tetap bersifat sensitif.

Dari segi ketersediaan, tetapan baharu ini dilancarkan kepada semua pengguna pada versi terkini WhatsApp, secara berperingkat. Ia merupakan versi pertama bagi ciri ini, dengan WhatsApp merancang untuk membuat penambahan bagi menawarkan lebih banyak perlindungan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Muzik Pada Status
  • WhatsApp Uji Ciri Privasi Untuk Hadkan Perkongsian Mesej
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Pautan Pada Profil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY