Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Bangunkan Ciri Perlindungan Alamat IP Untuk Panggilan

WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023

Diterbitkan Oktober 18, 2023 · Dikemas kini Oktober 18, 2023 oleh ariff bukhari

WhatsApp memaklumkan, bermula 24 Oktober 2023, hanya OS Android versi 5.0 dan ke atas dan iOS 12 atau lebih baharu sahaja akan disokong platform sembang sosial ini.

Termasuklah juga KaiOS 2.5.0 dan lebih baharu, JioPhone dan JioPhone 2.

WhatsApp menyatakan sehingga kini, mereka masih menyokong telefon Android yang menggunakan OS 4.1. Kepada pengguna iOS pula, WhatsApp mengesyorkan penggunaan versi terkini yang tersedia.

Menjelaskan tindakan mereka, WhatsApp menyatakan “Untuk kekal terkini dengan kemajuan teknologi terbaharu, kami turut menghentikan sokongan terhadap sistem operasi yang lama secara rutin agar sumber kami menyokong sistem operasi yang terkini.”

Jika telefon pintar anda sudah tidak menyokong WhatsApp, anda akan dimaklumkan dan diingatkan beberapa kali untuk menaik taraf peranti anda bagi terus menggunakan WhatsApp.

Jadi, jika anda masih menggunakan model-model telefon pintar yang menjalankan sistem operasi terdahulu, sudah tiba masanya untuk anda memiliki model telefon pintar baharu yang menjalankan sistem operasi terkini.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Cepat Muat Turun 2 Game Ini Berharga Hampir RM140 Secara Percuma Sekarang

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY