Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

Kini terdapat pelbagai model komputer riba yang ditawarkan di pasaran dengan pelbagai spesifikasi sehinggakan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Tetapi tidak semua pengguna perlukan sebuah komputer riba yang terlalu berkuasa atau terlalu premium.

Apa yang lebih penting adalah harga yang ditawarkan adalah mampu milik tetapi pada masa yang sama masih dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup berkuasa untuk penggunaan kerja-kerja seharian.

Malah dalam era moden, pengguna lebih mahukan sebuah komputer riba mudah alih yang bukan sahaja datang dengan rekaan menarik tetapi juga ringan, nipis dan kukuh yang mudah untuk di bawa ke mana-mana dan diselitkan dalam ruang yang kecil.

Pemilihan spesifikasi yang sesuai mengikut bajet


Antara perkara utama yang perlu dilihat dalam memilih sebuah komputer riba sudah tentunya adalah cip pemprosesan.

Cip pemprosesan berkuasa pastinya menjadi pilihan, namun jika terlalu berkuasa pula ia mungkin sudah melampaui keperluan anda. Malah cip yang tinggi kuasa pemprosesannya adalah mahal sehinggakan mungkin melebihi bajet anda.

Fleksibiliti dan gaya


Selain cip pemprosesan, pada era moden yang pantas pengguna juga mementingkan fleksibiliti seperti ringan dan nipis yang memudahkan pergerakan untuk ia dibawa ke mana-mana sahaja.

Tetapi pada masa yang sama mempunyai rekaan yang menarik, nampak premium dan bergaya.

‘Laptop’ ini yang sesuai dan kena dengan bajet anda


Ada ke laptop yang mampu milik tapi masih berkuasa? Jawapannya ada sahabat. Di sinilah kelebihan yang ada pada komputer riba terbaru, JOI Book 133 Pro.




JOI Book 133 Pro adalah sebuah komputer riba yang ditawarkan pada harga sangat berpatutan tetapi pada masa yang sama, spesifikasi yang ditawarkan cukup berkuasa untuk anda.

Ia dikuasakan oleh cip pemproses quad-core Intel® Celeron® N4120 dengan kuasa asas pemprosesan bermula dari 1.10Ghz dan dipertingkat sehingga mencapai kuasa maksimumnya sehingga 2.60Ghz.

Intel® Celeron®  N4120 ini juga dimuatkan dengan sokongan perkakasan enjin video berkuasa untuk memain semula kandungan VP9 dan H.265 (pada kedalaman warna 8-bit) menerusi grafik terbina Intel® UHD Graphics 600.



Keupayaannya itu sekaligus membolehkannya menyokong paparan 4K dengan kadar segar 60Hz atau disambungkan sehingga 3 paparan sekaligus.

Perkakasan Mudah Dinaik Taraf


Untuk memberikan fleksibiliti kepada penggunanya, JOI Book 133 Pro hadir dengan rekaan yang memudahkan anda menaik taraf perkakasan dalamannya.

Jika storan terbina bersaiz 128GB tidak cukup untuk anda, terdapat slot khas di bawah komputer riba ini yang mudah diakses untuk anda menambahnya dengan storan pantas SSD M.2 Type 2280.


Jimat Tenaga


Kelebihan utama lain manfaat daripada Intel® Celeron® ini adalah penjimatan tenaga di mana JOI Book 133 Pro berupaya beroperasi untuk tempoh yang cukup lama dengan bateri 5,000mAh nya.

Malah dengan ciri tambahan yang ada dalam tetapan khusus bateri pada sistem operasi Windows, komputer riba ini mampu beroperasi mencecah 10 jam lamanya.


Windows 10 Pro 


Menjadikan JOI Book 133 Pro ini lebih menarik adalah ia lengkap dipasang dengan sistem operasi berkuasa iaitu Windows 10 Pro.

Sekaligus komputer riba ini menawarkan akses penuh segala keupayaan sistem Windows yang ada.

Malah JOI Book 133 Pro boleh dinaik taraf terus kepada sistem operasi Windows 11 Pro terbaru dan mendapatkan segala kelebihan yang ditawarkan.


Microsoft 365


Tidak cukup dengan sistem Windows terbaru, JOI Book 133 Pro juga lengkap dengan perisian utama dari Microsoft 365 iaitu Microsoft Word, Power Point, Excel (percuma digunakan selama 3 bulan) dan lain-lain.

Ketersediaan perisian utama tersebut sekaligus menjadi pelengkap kepada komputer riba JOI ini.


Sangat Sesuai Untuk Pelajar


Dengan spesifikasi perkakasan yang cukup berkuasa dan lengkap dipasangkan dengan perisian-perisian utama dari Microsoft yang menjadi standard dalam industri di seluruh dunia, sekaligus menjadikan JOI Book 133 Pro ini sangat sesuai untuk para pelajar.

Sama ada pelajar di sekolah rendah mahupun pelajar-pelajar diperingkat pengajian tinggi.

Malah dengan harga yang begitu kompetetif, JOI Book 133 Pro secara langsung memenuhi kehendak pengguna yang mahukan sebuah komputer riba mampu milik berprestasi, berkualiti dan moden.


Harga Yang Tidak Tercabar Pesaing


Melihatkan kepada rekaan luaran yang moden dan menarik, kualiti binaan yang cukup sempurna dengan spesifikasi berprestasi serta padat dengan perisian utama, mungkin anda beranggapan komputer riba ini berharga lebih daripada RM2,000.

Walhal sebenarnya JOI Book 133 Pro ini hanya ditawarkan pada harga bermula dari RM1,599 sahaja.

Malah JOI menjadikannya seakan mustahil untuk dicabar pesaingnya, JOI Book 133 Pro kini sedang menawarkan promosi diskaun sebanyak RM500.

Menjadikan JOI Book 113 Pro  ini boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM1,099 sahaja. Harga ini sekaligus begitu kompetitif yang pastinya sukar dicabar pesaing lain.



Tidak setakat itu sahaja, bagi memudahkan lagi anda memiliki komputer riba ini, JOI menawarkan kemudahan bayaran secara ansuran untuk tempoh selama 4 bulan dengan hanya membayar RM274.80 sahaja sebulan.

Pelan bayaran ansuran bulanan ini boleh didapati menerusi servis PayLater dari Grab.

Atau anda juga boleh membuat bayaran ansuran bulanan selama 12 bulan sebanyak RM91.60/bulan menerusi kad kredit.

Kesimpulan


Pada harga promosi serendah RM1,099, JOI menawarkan sebuah komputer riba yang cukup berprestasi dan berkualiti di mana binaannya hampir setanding dengan kualiti komputer riba premium yang jauh ribuan ringgit lebih mahal darinya.



Perisian-perisian utama yang asli dari Microsoft yang tersedia dipasang memudahkan anda untuk terus sahaja menggunakannya.

Apa yang dapat disimpulkan tentang JOI Book 133 Pro ini adalah ia sebuah komputer riba yang cukup berprestasi serta memberikan rasa premium tetapi dalam masa yang sama ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Beli JOI Book 133 Pro di Shopee - https://invl.io/cliw8oh

Beli JOI Book 133 Pro di Lazada - https://invol.co/cliw8op

Beli JOI Book 133 Pro di Gloo - https://www.gloo.com.my/JOI-Book-133-Pro-Celeron-N4120-4GB-128GB

*Artikel ini dibawakan oleh JOI