Di era dunia terhubung tanpa sempadan, Internet memberikan akses tak terbatas ke informasi dari seluruh dunia. Membolehkan individu untuk mencari dan mendapatkan informasi tentang hampir segala perkara untuk pelbagai aktiviti walau di mana sahaja mereka berada.
Sebagai contoh, sekarang adalah tidak mustahil lagi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibuat secara atas talian.
Internet menyediakan akses tak terbatas ke berbagai sumber kepada guru dan pelajar untuk mengakses pelbagai kandungan mahupun mengadakan aktiviti seperti pembelajaran atas talian, artikel, jurnal, e-book, video pembelajaran, dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, pemilihan peranti yang bersesuaian juga adalah penting dalam menjadikan aktiviti secara atas talian itu lancar dan menyeronokkan.
Sebab itulah, Honor kini hadir dengan menawarkan produk terbaru mereka menerusi tablet yang sesuai untuk pelbagai aktiviti yang lebih luas.
Berbanding telefon pintar, tablet Honor menawarkan paparan yang lebih besar, bateri yang lebih tahan lama, produktiviti yang sesuai untuk pelbagai perkara, kemampuan multitugas yang lebih baik dan banyak lagi.
HONOR Pad X9
Honor kini hadir untuk pasaran tempatan dengan menampilkan HONOR Pad X9 di mana ia bukan sahaja berprestasi tetapi juga mampu milik.
Malah ia juga dilengkapi ciri yang membolehkan ia tersambung dengan rangkaian internet 24 jam yang tidak perlu bergantung kepada sambungan Wi-Fi. Tetapi anda boleh menyambungkannya kepada internet dengan adanya slot kad SIM.
Slot selular
Dengan slot kad sim, tablet ini dapat terhubung terus ke internet walau di mana saja anda berada selagi adanya rangkaian. Ini membolehkan anda dapat mengakses internet untuk melakukan aktiviti secara atas talian walau di mana sahaja anda berada sama ada di pulau, di jalan raya mahupun di atas atas pergunungan sekalipun.
Memungkinkan untuk anda belajar sambil melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang lain bersama rakan dan keluarga.

Dengan adanya sambungan melalui sambungan selular sendiri juga, HONOR PAD X9 dapat lebih membantu melindungi privasi anda pada masa yang sama.
Skrin 11 inci
HONOR Pad X9 hadir dengan skrin bersaiz 11.5 inci berprestasi dengan kadar segar semula sehingga 120Hz serta kadar kecerahan sehingga 400 nits.
Jadi, melakukan pelbagai aktiviti seperti menaip, menonton video mahupun bermain permainan atas talian sangat lancar dan menyeronokkan.
Malah menggunakannya untuk aktiviti luar juga tiada isu kerana paparannya memiliki kadar kecerahan yang begitu tinggi.

Ringan dan kompak
Menjadikan ia sebuah peranti mesra pengguna adalah tablet HONOR Pad X9 ini sebuah peranti yang ringan dan kompak. Dengan beratnya yang kurang dari 500 gram dan paparan saiz 11 inci, ia adalah tablet dengan saiz tepat yang terbaik dalam kelasnya.
Tidak kira berapa umur anda sekalipun, kanak-kanak mahupun dewasa, ia begitu selesa dipegang dan memberikan saiz paparan memuaskan pada kualiti terbaik.
Bateri tahan lama
Seperti yang dicakap di awal tadi, tablet memiliki daya tahan bateri yang lebih lama berbanding telefon pintar kerana saiznya yang lebih besar.
Jadi HONOR Pad X9 ini mampu beroperasi berjam-jam lamanya tanpa perlu bergantung pada sambungan pengecas yang membolehkan anda berseronok bersamanya sama ada ketika strim video mahupun permainan tanpa rasa risau kehabisan bateri.

Multitasking
Menjadikan tablet HONOR Pad X9 ini lebih menarik adalah keupayaannya untuk melaksanakan pelbagai aktiviti menerusi aplikasi-aplikasi yang boleh dijalankan serentak sekaligus.
Dengan saiz paparan yang besar dan kuasa pemprosesan yang cukup berprestasi, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti serentak seperti strim video, bermain permainan online dan melakukan tugasan assignment atau kerja sekolah sekaligus pada masa yang sama dengannya.
Dengan saiz skrin yang cukup besar, strim video, berkongsi paparan, membuat panggilan suara mahupun video, semua itu anda boleh lakukannya serentak tanpa sebarang isu.

Lengkap dengan aksesori
Apa yang menjadikan lebih menarik dengan Honor Pad X9 ini adalah ia didatangkan lengkap dengan sokongan aksesori premium iaitu papan kekunci Bluetooth yang boleh dipadankan terus bersamanya.
Sekaligus anda tak perlu lagi membuang masa mencari aksesori lain yang sesuai untuk dipadankan dengan tablet tersebut.

Jadi aktiviti menaip dengan tablet ini jadi lebih lancar dan bertambah seronok untuk digunakan. Memungkinkan anda lakukan lebih banyak aktiviti bersama tablet ini.
Harga sangat mampu milik
Sudah tentu antara faktor paling utama dalam pemilihan sesebuah peranti adalah tanda harganya sama ada ia mampu dimiliki dan lebih penting lagi adalah ia berbaloi dibeli.
Pastinya anda tidak percaya bahawa tablet HONOR Pad X9 ini hanya berharga RM1,099 sahaja.
Pada tanda harga itu juga, ia didatangkan sekali bersama dengan aksesori premium iaitu papan kekunci bluetooth asli dari HONOR.
Malah ia juga terbina dengan sokongan kad SIM untuk sambungan selular.
Semua ini sekaligus menjadikan HONOR Pad X9 sebagai peranti paling mampu milik dan berbaloi untuk anda miliki dalam kelasnya.
Jangan tunggu lagi, memang berbaloi
Jadi, kepada anda yang masih tercari-cari tablet terbaik untuk dimiliki, HONOR Pad X9 adalah jawapan kepada anda.
HONOR Pad X9 sudah pun berada di pasaran tempatan yang hanya berharga RM1,099 dalam pilihan warna Space grey.
Anda boleh dapatkan HONOR Pad X9 dari stor fizikal rasmi Honor di seluruh Malaysia atau dari platform e-dagang rasmi Honor di Shopee dan Lazada.
** Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia