Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Mesti anda pernah mengalami internet masih lagi lembab seperti siput walaupun signal WiFi memaparkan isyarat penuh. Perkara ini menjengkelkan terutama apabila kita mahu strim video 4K atau bermain permainan dalam talian.

Bayar bil internet dengan kelajuan tertinggi tapi apa yang kita dapat ibarat seperti 3G.

Oleh sebab itulah, pada era yang memerlukan rangkaian internet pantas dan konsisten sepanjang masa, Time hadir dengan menawarkan perkhidmatan Gig Speed Home menerusi penyelesaian teknologi terkini yang dikenali sebagai FTTR (Fibre-To-The-Room).

Jadi, bagaimana Time Gig Speed Home selesaikannya sekaligus isu rangkaian yang dihadapi pengguna ketika ini dengan memberikan capaian gigabit ke seluruh pelosok ruang rumah anda?

{snap}

Rangkaian fiber terus ke bilik




Seperti yang dinyatakan, Gig Speed Home dibawa menerusi teknologi FTTR yang membawakan rangkaian fiber terus ke setiap bilik di dalam rumah.

Menampilkan siri peranti F30 yang canggih, Gig Speed Home sekaligus membawakan kelajuan gigabit terus ke dalam setiap pelosok rumah anda.

F30 menyampaikan latensi serendah di bawah 20ms tanpa sebarang gangguan kualiti sambungan serta menyokong sehingga 128 peranti serentak.

Kelajuan gigabit membolehkan anda menikmati akses internet pada kelajuan ultra pantas untuk melakukan pelbagai aktiviti secara atas talian seperti menonton video 4K, bermain permainan video, persidangan video, pengajaran dan pembelajaran atas talian dan banyak lagi dengan lancar.

Ketahui lebih lanjut

{snap}

Kelajuan gigabit sama rata




Tidak kira walau di mana sahaja anda berada, di setiap pelusuk ruang rumah atau pejabat anda, FTTR menjanjikan setiap peranti yang disambungkan akan menerima rangkaian berkelajuan gigabit maksimum sepanjang masa.

Ini kerana, FTTR menyambungkan parent node (yang berfungsi sebagai router) ke setiap child node (yang berfungsi sebagai mesh) yang ada di dalam premis dengan kabel fiber optik secara terus yang memberikan kelajuan data gigabit pada setiap peranti.

Ia berbeza dengan mesh router yang digunakan hari ini yang banyak berdepan isu limitasi seperti isu kedudukan router, tidak menyampaikan kelajuan fibre sebenar, latensi tinggi, bebanan rangkaian, had liputan dan lain-lain.

Ketahui lebih lanjut

{snap}

Latensi super rendah




Gig Speed Home dari Time menjanjikan liputan meluas ke setiap ruang di dalam rumah untuk segala aktiviti di dalam talian.

Tidak kiralah berapa bilik rumah anda, keseronokkan aktiviti seperti bermain permainan video komputer, konsol atau permainan mudah alih di peranti pintar dan mengadakan persidangan video HD tidak lagi terganggu.

Kelajuan gigabit yang dibawakan FTTR sekaligus menyelesaikan isu sambungan anda.

Klik untuk tahu lebih lanjut

{snap}

Kabel tak berserabut




Tidak sepertimana kabel LAN yang berserabut menyambungkan antara router di dalam rumah, kabel fiber yang disambungkan menerusi FTTR terlindung daripada mata kasar.

Ini kerana kabel fiber FTTR dihubungkan dengan kemas dan terlindung di dalam bangunan.

Jadi keadaan rumah nampak kemas dan eksklusif tetapi tanpa sedar di dalamnya tersedia dengan rangkaian gigabit ultra pantas Gig Speed Home.

Klik untuk tahu lebih lanjut

{snap}

Aplikasi IoT




FTTR membolehkan IoT dapat diaplikasikan dalam rumah keseluruhannya.

Pelbagai peranti seperti kamera pengawasan, peranti pengimbas, peranti boleh pakai seperti smart TV, komputer riba, pembersih udara, mesin hampagas kawalan jauh dan lain-lain.

Liputan gigabit yang luas dan pantas membolehkan IoT diaplikasikan dengan menghubungkan pelbagai perkakasan di dalam rumah dan pejabat untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

Ketahui lebih lanjut

{snap}

Pengalaman WiFi luar biasa




Secara keseluruhan, Gig Speed Home oleh Time membawakan internet berkelajuan gigabit terus ke dalam setiap pelosok ruang rumah dengan menyediakan rangkaian WiFi ultra pantas.

Ia menyelesaikan isu titik buta liputan WiFi, rangkaian tersekat-sekat kerana halangan seperti dinding tebal dan isu kelajuan WiFi.

Gig Speed Home menyelesaikan isu berbilang peranti yang disambungkan serentak pada masa yang sama di mana ia secara konsisten memberikan kelajuan gigabit setiap masa pada peranti walaupun berubah-ubah lokasi bilik atau tingkat rumah.

Gig Speed Home sememangnya penyelesaian rangkaian gigabit untuk peranti moden dan tersedia menyokong keperluan pada masa hadapan.

Jom Daftar Gig Speed Home

*Artikel ini dibawakan oleh Time Internet