Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Blazing Sails (Pirate Battle Royale)

Cepat Muat Turun 2 Game Ini Berharga Hampir RM140 Secara Percuma Sekarang

Diterbitkan Oktober 17, 2023 · Dikemas kini Oktober 17, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat permainan komputer bergenre aksi dan teka-teki kerana anda boleh mendapatkan 2 permainan ini secara percuma dari stor Epic Games untuk masa terhad.

Blazing Sails

Blazing Sails adalah permainan komputer genre aksi yang memerlukan anda mencipta lanun dan kapal lanun unik anda sendiri.

Anda boleh memainkan permainan ini bersama pemain lain untuk memerintah kapal, terokai mod permainan yang berbeza, peta, senjata, jenis kapal dan banyak lagi sambil menghapuskan krew lain dalam pertempuran epik di darat dan laut.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan Blazing Sails di komputer anda:-

Blazing Sails

Q.U.B.E. ULTIMATE BUNDLE

Q.U.B.E. ULTIMATE BUNDLE pula menawarkan anda sebanyak 2 edisi sekaligus iaitu Q.U.B.E Deluxe Edition dan Q.U.B.E. 10th Anniversary.

Q.U.B.E. adalah permainan teka-teki di mana anda memainkan karakter sebagai Amelia Cross, seorang ahli arkeologi yang terkandas yang telah terbangun secara misteri di antara runtuhan pasir yang menyapu landskap makhluk asing purba.

Bersama-sama dengan bantuan jauh seorang lagi mangsa yang terselamat, Komander Emma Sutcliffe, anda mesti merentasi dan memanipulasi struktur dunia untuk mencari jalan pulang.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan Q.U.B.E. ULTIMATE BUNDLE di komputer anda:-

Q.U.B.E. ULTIMATE BUNDLE

Anda boleh dapatkan Blazing Sails dan Q.U.B.E. ULTIMATE BUNDLE dengan percuma dari stor Epic Games sebelum jam 11.00 pm, 19 Oktober 2023.

Selepas tamat tempoh itu, ia masing-masing akan kembali berharga RM38.50 dan RM99.99.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Menara Diceroboh, Peralatan Dicuri, Rangkaian Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile Terganggu Di Kampung Sungkup, Kedah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY