Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Sembang Kumpulan

WhatsApp Tambah Ciri Baharu Untuk Sembang Kumpulan – Naik Taraf Tinjauan, ‘Mention’ @Semua

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mengumumkan beberapa ciri baharu untuk sembang kumpulan yang direka bagi memudahkan pengguna berkomunikasi dan membuat keputusan bersama.

Tinjauan (poll) di WhatsApp kini lebih fleksibel dengan tiga penambahbaikan baharu. Pengguna boleh menetapkan tempoh tamat undian supaya ia dikunci secara automatik, menyembunyikan identiti pengundi untuk memberikan lebih privasi, serta menyunting soalan tinjauan dalam tempoh 15 minit selepas dihantar sekiranya terdapat kesilapan atau maklumat yang perlu diperjelaskan.

WhatsApp Tambah Ciri Baharu Untuk Sembang Kumpulan – Naik Taraf Tinjauan, ‘Mention’ @Semua

WhatsApp turut memperkenalkan ciri mention @semua (@all), membolehkan semua ahli kumpulan menerima pemberitahuan bagi mesej penting tanpa perlu ditandakan seorang demi seorang. Ciri ini sesuai digunakan untuk makluman penting yang perlu dilihat oleh semua ahli.

Bagi kumpulan yang mempunyai lebih daripada 32 ahli, penggunaan @semua dihadkan kepada pentadbir sahaja (admin only). Walaupun pemberitahuan tetap dihantar kepada ahli yang membisukan (muted) sembang kumpulan, pengguna masih boleh mengawal atau mematikan ciri @semua melalui tetapan notifikasi.

Selain itu, pengguna kini boleh mencipta kumpulan baharu terus daripada kumpulan sedia ada tanpa perlu menambah ahli secara manual satu per satu. Ciri ini memudahkan pembentukan kumpulan kecil untuk tujuan tertentu, seperti merancang sesuatu acara atau membincangkan topik khusus tanpa mengganggu perbualan dalam kumpulan utama.

WhatsApp Sembang Kumpulan

Penambahbaikan ini melengkapkan ciri sembang kumpulan yang diperkenalkan sebelum ini seperti sejarah mesej kumpulan, tag ahli dan peringatan acara, yang menjadikan pengalaman menggunakan sembang kumpulan lebih praktikal dan teratur.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Kini Boleh Didaftar Terus Di iPad, Turut Bawa 3 Ciri Baharu
  • WhatsApp Perkenal Ciri Panggilan Baharu - Panggilan Web, QuickHD, Ruang Menunggu
  • Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri 'Username' Untuk Pengguna Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY