Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp ciri panggilan baru

WhatsApp Perkenal Ciri Panggilan Baharu – Panggilan Web, QuickHD, Ruang Menunggu

Diterbitkan Julai 29, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan beberapa penambahbaikan baharu untuk ciri panggilannya, termasuk sokongan panggilan web, pemindahan panggilan antara peranti, ruang menunggu (waiting room), QuickHD dan pengurangan hingar.

Panggilan web

Sebelum ini, WhatsApp telah membolehkan pengguna membuat panggilan melalui pelayar web, namun ciri itu hanya tersedia kepada pengguna terpilih. Kini, WhatsApp secara rasmi mengumumkan ciri ini akan diperluaskan kepada semua pengguna secara berperingkat.

Dengan kemas kini ini, pengguna boleh membuat atau menerima panggilan suara dan video secara individu mahupun berkumpulan terus daripada pelayar web tanpa perlu memasang aplikasi WhatsApp Desktop.

Meta berkata pengalaman menggunakan WhatsApp Web kini lebih lengkap dengan sokongan perkongsian skrin, reaksi semasa panggilan, serta tab Calls yang memaparkan sejarah panggilan dan senarai kegemaran, sama seperti pada aplikasi mudah alih.

Semua panggilan di WhatsApp Web turut menggunakan penyulitan hujung ke hujung, tanpa had masa dan tanpa sebarang caj.

Pindahkan panggilan, ruang menunggu

Selain itu, WhatsApp kini membolehkan panggilan berkumpulan dipindahkan daripada satu peranti ke peranti lain tanpa perlu menamatkan panggilan. Sebagai contoh, pengguna boleh memulakan panggilan menggunakan telefon sebelum menyambungnya ke WhatsApp Web atau aplikasi Desktop apabila beralih ke komputer.

Bagi panggilan berkumpulan melalui pautan, WhatsApp turut memperkenalkan ciri waiting room. Jika pilihan “Require approval to join” diaktifkan ketika mencipta pautan panggilan, peserta perlu menunggu kelulusan hos sebelum dibenarkan menyertai panggilan.

QuickHD, pengurangan hingar

WhatsApp turut menambah baik pengalaman panggilan video menerusi QuickHD yang membolehkan video definisi tinggi dipaparkan dengan serta-merta dalam beberapa saat pertama panggilan.

Pada masa sama, ciri pengurangan hingar diperkenalkan bagi mengurangkan bunyi latar supaya suara pengguna lebih jelas ketika membuat panggilan, walaupun berada di persekitaran yang bising. Tetapan ini boleh dihidupkan atau dimatikan terus daripada menu semasa panggilan.

Menurut WhatsApp, semua ciri baharu ini sedang dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Kini Boleh Buat Panggilan Suara, Video Secara Terus Di WhatsApp Web
  • WhatsApp Perjelas Kebimbangan Pengguna Mengenai Keselamatan Ciri 'Username'
  • WhatsApp Kini Boleh Didaftar Terus Di iPad, Turut Bawa 3 Ciri Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY