Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Group Message History_2

WhatsApp Perkenal Sejarah Mesej Kumpulan, Mudahkan Ahli Baru Ikuti Perbualan

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan Sejarah Mesej Kumpulan (Group WhatsApp History), ciri yang menjadikan sembang kumpulan lebih mesra tanpa gangguan.

Melalui ciri ini, pentadbir (admin) dan ahli kumpulan boleh menghantar mesej terkini kepada ahli baru bagi memudahkan mereka memahami konteks perbualan.

Apabila ahli baharu ditambah, ahli sedia ada akan melihat pilihan untuk menghantar sejarah mesej, daripada 25 hingga maksimum 100 mesej terkini.

WhatsApp Group Message History_1

Jika perlu, pentadbir boleh mematikan tetapan ini bagi kumpulan mereka. Untuk tujuan ketelusan, apabila sejarah mesej dihantar, semua ahli akan diberitahu dengan timestamp dan maklumat pengirim, dengan sejarah mesej akan dipaparkan berbeza daripada mesej biasa.

Menurut WhatsApp, ciri ini antara yang paling diminta pengguna, dan ia mengekalkan ciri keselamatan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) seperti mesej peribadi lain.

Ciri Sejarah Mesej Kumpulan kini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Carian 'Sticker' Di WhatsApp Kini Lebih Mudah
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat
  • Meta Diberi Amaran, Buka WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY