Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Mulai 30 November 2026

Diterbitkan Jun 12, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp bakal menaikkan keperluan minimum sistem operasi iPhone bermula 30 November 2026. Selepas tarikh tersebut, aplikasi pemesejan milik Meta itu hanya boleh digunakan pada iPhone yang menjalankan iOS 15.5 atau lebih baharu.

Ketika ini, WhatsApp masih menyokong peranti yang menggunakan iOS 15.1. Namun, perubahan baharu itu bermakna pengguna perlu memastikan peranti masing-masing dikemas kini ke sekurang-kurangnya iOS 15.5 untuk terus menggunakan aplikasi tersebut tanpa gangguan.

WhatsApp iOS 15.5
Foto: WhatsApp

Model yang terlibat termasuk iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE generasi pertama, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Namun begitu, pengguna model berkenaan tidak perlu risau kerana semua peranti tersebut masih boleh dikemas kini sehingga iOS 15.8.8, iaitu versi terakhir yang disokong.

Ini juga bermakna tiada model iPhone yang akan kehilangan akses kepada WhatsApp secara serta-merta akibat perubahan keperluan sistem ini. Memandangkan semua iPhone yang menyokong iOS 15.1 turut boleh dikemas kini kepada iOS 15.5, pengguna hanya perlu memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia pada peranti masing-masing sebelum 30 November 2026.

Bagi menyemak dan memasang kemas kini, pengguna boleh pergi ke Settings > General > Software Update pada iPhone.

Dalam perkembangan berkaitan, WhatsApp sebelum ini turut memaklumkan aplikasi itu tidak lagi akan menyokong peranti Android yang menjalankan versi lebih lama daripada Android 6 bermula 8 September 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Hentikan Sokongan Versi Android Terdahulu Bermula 8 September 2026
  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran
  • WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Arkib Status Selepas 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY