Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Hentikan Sokongan Versi Android Terdahulu Bermula 8 September 2026

Diterbitkan April 27, 2026 · Dikemas kini April 27, 2026 oleh Amalina Athman

Whatsapp akan menghentikan sokongan untuk semua peranti Android yang menjalankan versi lebih lama daripada Android 6, bermula 8 September 2026.

Ini bermakna, pengguna Android 5.0 dan 5.1 tidak lagi boleh menggunakan aplikasi tersebut selepas tarikh berkenaan.

WhatsApp Android_

Ketika ini, WhatsApp masih menyokong Android 5.0 sebagai keperluan minimum. Namun, dengan perkembangan ciri baharu dan keperluan prestasi yang semakin tinggi, sistem operasi terdahulu dilihat tidak lagi mampu memberikan pengalaman yang stabil serta berpotensi mengehadkan pembangunan ciri tertentu jika sokongan terus diberikan.

Bagi pengguna terjejas, WhatsApp akan memaparkan notifikasi dalam aplikasi sebagai peringatan. Pengguna disarankan membuat sandaran sembang (backup chat) sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan kehilangan data penting. Sandaran boleh dibuat ke Google Drive atau melalui storan dalaman peranti yang dijana secara automatik.

Untuk terus menggunakan WhatsApp, pengguna perlu mengemas kini sistem operasi kepada versi yang disokong atau beralih ke peranti yang lebih baharu.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • Pengguna iOS 26 Mula Terima Rekaan 'Liquid Glass' Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY