Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Arkib Status Selepas 24 Jam

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyimpan kemas kini Status yang telah tamat tempoh secara automatik.

Berbeza dengan Instagram dan Facebook yang sudah lama menawarkan ciri arkib untuk Stories, WhatsApp selama ini tidak mempunyai fungsi serupa. Status yang dikongsi akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam dan tidak boleh dikembalikan semula melainkan pengguna menyimpannya secara manual.

Melalui ciri ‘Status Archive’ yang sedang dibangunkan ini, Meta dilihat mahu menjadikan pengalaman pengguna lebih seragam merentasi semua platformnya, termasuk WhatsApp.

Seperti dilaporkan WABetaInfo, Status yang telah tamat tempoh akan disimpan secara automatik dalam satu bahagian arkib di dalam aplikasi tanpa memerlukan sebarang tindakan tambahan daripada pengguna.

WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Arkib Status Selepas 24 Jam

Arkib ini akan disimpan secara peribadi pada peranti dan hanya boleh diakses oleh pemilik akaun. Pengguna boleh membuka arkib untuk melihat semula, menyusun atau menggunakan semula Status lama pada bila-bila masa.

Perlu diketahui bahawa ciri ini merupakan pilihan. Pengguna boleh menghidupkan atau mematikannya melalui tetapan aplikasi. Jika dimatikan, Status akan hilang seperti biasa selepas 24 jam tanpa disimpan.

Buat masa ini, Status Archive masih dalam fasa pembangunan dan belum dilancarkan kepada umum. WhatsApp dijangka akan memperhalusi ciri ini terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara rasmi dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Uji Paparan Status Di Bahagian Atas Tab Sembang
  • WhatsApp Hentikan Sokongan Versi Android Terdahulu Bermula 8 September 2026
  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY