Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Lagu Spotify Dalam Status

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan ciri perkongsian muzik dalam kemas kini Status, membolehkan pengguna melayari katalog muzik dari Meta – sama seperti di Instagram dan Facebook.

Dalam perkembangan terbaru, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri perkongsian muzik dari Spotify terus ke Status.

whatsapp spotify_

Seperti ditunjukkan dalam tangkap layar, pengguna yang ingin berkongsi muzik dari Spotify akan melihat pilihan tambahan untuk menyiarkannya sebagai kemas kini Status WhatsApp. Apabila pilihan ini digunakan, WhatsApp akan memproses dan menjana pratonton lagu yang akan dipaparkan dalam Status.

Ciri ini berfungsi seperti perkongsian muzik di Instagram Stories (IG Stories), di mana pengguna yang memuat naik lagu dari Spotify akan mendapat pratonton visual, termasuk tajuk lagu, nama artis dan kulit album, bersama butang yang membawa pendengar terus ke Spotify.

Dengan pautan terus ke Spotify, WhatsApp membolehkan pendengar mengakses lagu penuh tanpa perlu mencarinya secara manual.

Buat masa ini, ciri kongsi muzik dari Spotify ke Status WhatsApp masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Simpan Gambar, Video Daripada Status
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Jadikan Perbualan Lebih Teratur

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY