Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp chat theme tema sembang_

Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama dinantikan oleh para pengguna, WhatsApp kini secara rasmi memperkenalkan chat theme atau tema sembang di platform pemesejan itu.

Walaupun ada sebilangan pengguna yang telah menerima ciri ini lebih awal, pengumuman rasmi WhatsApp menandakan pelancarannya secara meluas dan ketersediaan untuk lebih ramai pengguna berbanding sebelum ini.

WhatsApp chat theme tema sembang

Dengan ciri ini, pengguna boleh menukar gelembung sembang (chat bubbles) dan latar belakang kepada warna yang digemari.

Terdapat pelbagai pilihan warna dan lebih 30 hiasan latar belakang yang tersedia, selain pilihan memuat naik gambar daripada galeri peranti untuk dijadikan sebagai hiasan latar.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh menggunakan tema yang sama untuk semua sembang atau menjadikan setiap sembang dengan tema yang berbeza.

Cara tetapkan tema sembang

  1. Untuk menukar tema semua sembang (chat) dan saluran, pergi ke Settings > Chats > Default chat theme.
  2. Jika ingin menyesuaikan setiap sembang secara berasingan, klik nama sembang di bahagian atas skrin (pada iOS) atau klik menu 3 titik (pada Android) > Chat theme.

Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar

Perlu diingatkan, seperti ciri-ciri lain, WhatsApp lazimnya melancarkan ciri baharu secara berperingkat dan dijangka tersedia untuk semua pengguna dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • WhatsApp Kini Bolehkan Pengguna Tambah Lagu Dalam Status
  • Pengguna iOS Kelak Boleh Log Masuk Berbilang Akaun WhatsApp Dalam Satu Peranti
  • ChatGPT Di WhatsApp Sokong Muat Naik Imej & Mesej Suara, Hasilnya Begini
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Terjemahan Mesej Secara Automatik

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY