Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Simpan Gambar, Video Daripada Status

Diterbitkan Mac 14, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini meperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyimpan foto dan video daripada kemas kini Status sendiri.

Menurut WABetaInfo, ciri ini ditemui dalam kemas kini WhatsApp beta versi 2.25.7.8 untuk Android. Namun, hasil tinjauan mengesahkan bahawa ia sudah tersedia untuk WhatsApp di peranti Android dan iOS.

Walau bagaimanapun, memandangkan ciri ini belum diumumkan secara rasmi, terdapat kemungkinan bahawa sebilangan pengguna masih belum menerimanya.

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Simpan Gambar, Video Daripada Status

Pilihan ini boleh diakses melalui menu ketika melihat kemas kini Status, serta dalam senarai status yang dimuat naik dalam tempoh 24 jam lalu.

Berbeza dengan Instagram, yang tidak menyertakan audio muzik apabila pengguna menyimpan Instagram Stories, WhatsApp membolehkan pengguna menyimpan Status dengan muzik – sekurang-kurangnya buat masa ini.

Ciri ini sangat berguna dalam situasi di mana pengguna secara tidak sengaja memadam foto atau video daripada peranti selepas memuat naiknya sebagai kemas kini Status. Sebelum ini, pengguna terpaksa menghantar semula status tersebut ke dalam perbualan untuk menyimpannya, yang bukanlah kaedah paling praktikal.

Perlu diingatkan bahawa pilihan ini hanya tersedia untuk Status sendiri dan tidak terpakai untuk Status yang dikongsi oleh kenalan lain.

Bermakna, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk menyimpan Status yang dimuat naik oleh kenalan lain, kerana ia direka khusus untuk mengurus dan menyimpan kandungan peribadi sahaja.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar
  • Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Matikan Kamera Sebelum Jawab Panggilan Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY