Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ringkasan AI WhatsApp

WhatsApp Perkenal Ciri Ringkasan Mesej AI, Isu Privasi Jadi Persoalan

Diterbitkan Jun 30, 2025 ยท Dikemas kini Jun 30, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan ‘Messages Summaries’, iaitu ciri yang membolehkan Meta AI merumuskan mesej yang belum dibaca secara automatik tanpa perlu tatal semuanya satu per satu.

Bagi memastikan privasi terjaga, teknologi Private Processing digunakan untuk melindungi interaksi pengguna dengan model AI ini.

Ia berfungsi dengan mewujudkan “persekitaran awan yang selamat”, di mana Meta atau WhatsApp sendiri tidak dapat melihat ringkasan yang dijana. Malah, ahli lain dalam kumpulan juga tidak akan tahu dan melihat ringkasan mesej tersebut.

ringkasan AI WhatsApp_GIF

WhatsApp menjelaskan bahawa ciri ringkasan mesej berasaskan AI ini adalah pilihan dan ia dimatikan secara default. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan tetapan ‘Advanced Privacy’ bagi menghalang penggunaan AI dalam perbualan berkumpulan.

Walaupun ciri ini dilihat memudahkan, setakat ini masih belum jelas sama ada ia benar-benar tepat atau tidak. Situasi sama pernah berlaku ketika pelancaran ringkasan notifikasi Apple Intelligence sebelum ini.

Masih timbul soal privasi

Walaupun WhatsApp menyatakan ciri ini menggunakan teknologi Private Processing, sebilangan pengguna meluahkan kebimbangan mengenai privasi dan keselamatan.

Di ruangan forum seperti reddit, ada yang mempersoalkan sama ada ciri ini benar-benar selamat atau sekadar memberi ‘laluan’ kepada Meta untuk mengumpul lebih banyak data.

Ada juga berpendapat, selagi proses AI berlaku di pelayan awan, risiko keselamatan tetap wujud walaupun syarikat itu memberi jaminan tentang perlindungan privasi.

Apa yang jelas, ciri ini adalah pilihan secara opt-in. Pengguna dinasihatkan untuk meneliti setiap tetapan baharu dan memahami cara ia berfungsi sebelum mengaktifkannya, terutama apabila melibatkan data peribadi.

Ketersediaan

Buat masa ini, ciri Message Summaries hanya dilancarkan di Amerika Syarikat dengan sokongan bahasa Inggeris. Meta merancang untuk memperluaskannya ke lebih banyak negara dan bahasa lain menjelang lewat tahun ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Emoji Animasi, Pelekat Video
  • WhatsApp Akan Mula Papar Iklan - Ini Apa Pengguna Perlu Tahu
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY