Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Air Laut Yang Semakin Panas Cairkan Ais Laut Dari Bawah Di Kutub Utara Dan Selatan – Laporan

Air Laut Yang Semakin Panas Cairkan Ais Laut Dari Bawah Di Kutub Utara Dan Selatan – Laporan

Diterbitkan November 25, 2026 · Dikemas kini November 25, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru menunjukkan bahawa ais laut di Artik dan Antartika kini menghadapi ancaman yang sama, iaitu pencairan dari bawah akibat air laut yang semakin hangat.

Laporan yang diterbitkan dalam Science mendedahkan, selama beberapa dekad, kedua-dua kutub menunjukkan corak yang berbeza di mana ais laut di Artik berkurangan secara berterusan, manakala ais laut di Antartika pernah menunjukkan peningkatan.

Namun, keadaan berubah secara drastik apabila ais laut Antartika mula merosot dengan ketara sejak tahun 2015.

Para saintis mendapati, lapisan air sejuk yang sebelum ini melindungi ais laut Antartika semakin menipis.

Apabila lapisan pelindung ini melemah, air yang lebih panas dan masin dari bawah lautan dapat naik ke permukaan lalu mencairkan ais dari bahagian bawah.

Fenomena ini dipercayai menjadi punca utama kepada kehilangan ais laut yang semakin pantas di rantau tersebut.

Penemuan ini disokong oleh data daripada pelampung pemantauan laut, anjing laut yang dilengkapi sensor khas, serta kapal penyelidikan.

Kajian mendapati lapisan air sejuk di Antartika telah menipis secara beransur-ansur sebelum berlakunya kejatuhan mendadak keluasan ais laut pada tahun 2015.

Di Artik pula, fenomena yang dikenali sebagai “Atlantification” turut berlaku di mana air panas dan masin dari Lautan Atlantik bergerak semakin jauh ke utara mengakibatkan lautan artik menjadi semakin panas dan masin sehingga mengganggu lapisan air sejuk yang membantu mengekalkan ais laut.

Akibatnya, proses pencairan ais menjadi lebih cepat sehingga memberi kesan besar kepada sistem iklim global.

Kesan kehilangan ais laut ini bukan sekadar menyukarkan hidupan yang menghuni kedua-dua kutub seperti beruang kutub dan penguin semata.

Ais laut Antartika berperanan penting dalam melindungi glasier daripada haba lautan, manakala penyusutan ais laut Artik pula boleh membawa kesan yang meluas terhadap cuaca.

Sebagai contoh, ia telah menyebabkan penurunan kadar hujan di Afrika Barat.

Penemuan ini menunjukkan bahawa kedua-dua kutub kini berkongsi cabaran yang sama, iaitu pemanasan lautan yang semakin mengancam kestabilan ais laut bumi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri 'Mesej Berjadual' - Tetapan Sehingga 2 Minggu Awal
  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
©2026 WISER.MY