Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube

Diterbitkan November 25, 2026 ยท Dikemas kini November 25, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan saman bernilai RM300 juta terhadap Google LLC berhubung dakwaan kecuaian syarikat itu dalam menangani penerbitan semula kandungan yang didakwa palsu dan berbaur fitnah di YouTube oleh penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau dikenali Papagomo.

Menurut laporan Bernama, saman terhadap syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu difailkan pada 23 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Sitham & Associates. Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pengurusan kes ditetapkan pada 8 Disember ini melalui e-semakan di hadapan Timbalan Pendaftar Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Dalam pernyataan tuntutannya, MCMC berkata pihaknya menerima aduan pada 12 Ogos lalu dan mengenal pasti kandungan yang diterbitkan semula oleh Wan Muhammad Azri di YouTube.

Susulan itu, MCMC mengeluarkan satu notis pada 19 Oktober dengan mendakwa Google gagal melaksanakan kewajipan statutori yang bebas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta syarat lesennya, menyebabkan kandungan berkenaan terus disebarkan.

MCMC juga mendakwa Google gagal mengambil langkah proaktif yang munasabah untuk menilai dan menyiasat kandungan serta saluran YouTube tersebutselepas menerima notis bertarikh 19 Oktober. Selain itu, Google didakwa gagal mengambil tindakan segera untuk mengalih keluar kandungan tersebut atau menyekat dan mengehadkan akses kepadanya dalam tempoh yang munasabah.

Menurut MCMC, kegagalan itu menyebabkan kandungan yang dipertikaikan terus disebarkan semula di YouTube. Suruhanjaya itu mendakwa penyebaran kandungan palsu, mengelirukan dan tidak berasas berkaitan tokoh awam, institusi kerajaan serta pihak berkuasa itu menjejaskan persepsi dan kredibiliti pemimpin negara, selain menghakis keyakinan awam.

Melalui saman itu, MCMC memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Google, sebagai pemegang lesen penyedia perkhidmatan, tertakluk kepada kewajipan untuk mematuhi arahan suruhanjaya bagi mengalih keluar kandungan yang dipertikaikan serta menyekat akses kepadanya.

MCMC juga memohon perintah injunksi supaya Google meneruskan sekatan terhadap akaun YouTube berkenaan. Selain itu, Google diminta mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam untuk mengesan dan memadamkan kandungan serupa yang menampilkan Wan Muhammad Azri, termasuk kandungan yang dimuat naik melalui akaun pihak ketiga atau sesi siaran langsung di YouTube.

Bagi tuntutan ganti rugi, MCMC memohon ganti rugi am, teruk dan teladan masing-masing sebanyak RM100 juta, menjadikan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM300 juta. Suruhanjaya itu turut memohon faedah terhadap jumlah ganti rugi yang diberikan mahkamah serta kos prosiding.

Berkaitan

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
©2026 WISER.MY