Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap

Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap

Diterbitkan November 25, 2026 oleh ariff bukhari

Cisco, bersama firma kecerdasan buatan (AI), OpenAI, melancarkan Shirudo, sebuah projek keselamatan siber sumber terbuka untuk menjadikan infrastruktur selamat secara lalai serta mampu mempertahankan diri daripada serangan siber yang canggih pada masa kini.

Projek yang dibangunkan berasaskan teknologi Linux eBPF ini membolehkan pentadbir sistem melindungi pelayan yang sedang beroperasi tanpa perlu memulakannya semula (reboot), sementara pasukan teknikal membangunkan dan melaksanakan tampalan (patch) keselamatan kekal.

Shirudo yang bermaksud “perisai” dalam bahasa Jepun menandakan peralihan besar daripada kemas kini dasar keselamatan secara manual kepada keselamatan berasaskan ejen AI.

Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
Seni Bina Shirudo.

Menerusi rangka kerja ini, ejen AI mampu mengesan kerentanan, membina perisai sementara, dan menguji keberkesanannya bagi menyekat serangan siber tanpa menjejaskan trafik pengguna yang sah.

 

“Kami bekerjasama rapat dengan Cisco dalam inisiatif Shirudo bagi membantu pasukan melindungi sistem yang perlu terus beroperasi, sementara mereka membangunkan dan melaksanakan pembaikan tersebut.” Greg Brockman, Presiden dan Pengasas Bersama OpenAI.

Setiap perisai turut ditandatangani secara kriptografi serta disahkan pada peringkat perkakasan bagi menjamin keselamatan penuh.

Presiden dan Ketua Pegawai Produk Cisco, Jeetu Patel berkata, pasukan keselamatan memerlukan infrastruktur pertahanan kendiri yang bertindak pada kelajuan kod bagi menandingi ancaman siber pacuan AI masa kini.

Sementara itu, Presiden dan Pengasas Bersama OpenAI, Greg Brockman menjelaskan kerjasama terbuka ini memastikan organisasi tidak perlu bermula dari kosong untuk melindungi sistem kritikal mereka.

Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap

Dalam ujian terkawal terhadap kerentanan kritikal seperti Java4Shell, Shirudo terbukti berjaya menjana kod yang mengesan dan menyekat cubaan eksploitasi secara langsung tanpa menghentikan perkhidmatan pelayan.

Cisco dan OpenAI kini menjemput komuniti pembangun dan penyelidik keselamatan untuk turut menyumbang kepada pembangunan projek ini di platform GitHub.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
©2026 WISER.MY