Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Pautan Pada Profil

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amalina Athman

Dilaporkan sejak Februari lalu, WhatsApp kini mula memberikan akses kepada pengguna untuk menambah pautan pada profil.

Menerusi kemas kini terbaru, pengguna WhatsApp bagi kedua-dua versi iOS dan Android sudah boleh menambah pautan Instagram di bahagian tetapan profil.

Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu ke bahagian profil, klik pada “Add Links” di ruangan pautan dan kemudian masukkan nama pengguna Instagram masing-masing.

add link whatsapp_1
iOS
add link whatsapp_2
Android

Setelah ditambah, pautan tersebut akan dipaparkan bersama maklumat lain seperti nama, nombor telefon serta bahagian “About” pengguna. Ciri ini adalah pilihan, dan pengguna boleh memilih untuk tidak menambah sebarang pautan atau memadamkannya pada bila-bila masa.

Sementara itu, kenalan yang telah menerima ciri ini juga boleh melihat pautan tersebut menerusi profil anda. Namun, jika ciri ini belum lagi tersedia, pautan mungkin tidak akan dipaparkan kepada mereka.

add link whatsapp_3

Walaupun sebahagian pengguna telah mula menerima akses, perlu diketahui bahawa WhatsApp belum melancarkan ciri ini secara rasmi.

Apa maknanya? Ciri ini boleh sahaja dialih keluar, dilancarkan secara rasmi dengan akses lebih meluas kepada pengguna global, atau ditambah baik dengan sokongan platform media sosial lain seperti Facebook dan Threads.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • WhatsApp Akan Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Bermula 5 Mei 2025
  • Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY