Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Bangunkan Ciri ‘Guest Chat’ – Sembang Dengan Individu Tanpa Akaun

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan individu yang tidak mempunyai akaun aplikasi pemesejan itu.

Menurut WABetaInfo, ciri yang dikenali sebagai “guest chats” ini membolehkan pengguna sementara menyertai perbualan tanpa perlu mendaftar atau memasang aplikasi itu.

Untuk memulakan guest chats, pengguna WhatsApp perlu menjemput kenalan yang belum memasang aplikasi itu terlebih dahulu.

whatsapp tanpa akaun_

Penerima akan menerima pautan khas (direct link) yang apabila dibuka, memberikan akses kepada sembang dengan pengguna WhatsApp yang menjana pautan itu. Pautan ini boleh dikongsi melalui pelbagai saluran seperti mesej teks, e-mel atau platform media sosial.

Sebagai contoh, ada negara yang lebih gemar menggunakan aplikasi pemesejan lain berbanding WhatsApp. Dalam situasi seperti ini, guest chats membolehkan komunikasi berlaku tanpa perlu memasang aplikasi tambahan atau memuat turun WhatsApp semata-mata untuk membalas mesej.

Bagaimanapun, ciri ini mempunyai beberapa had berbanding sembang biasa. Ia tidak menyokong perkongsian fail media seperti gambar, video atau GIF, serta tidak membenarkan mesej suara mahupun panggilan.

Semua mesej yang dihantar dalam “guest chats” akan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung.

Ciri ini turut dilihat sebagai langkah awal memperkenalkan WhatsApp kepada bukan pengguna, sekali gus berpotensi menarik lebih ramai untuk mendaftar aplikasi pemesejan itu.

Setakat ini, guest chats masih dalam peringkat pembangunan. Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan apabila ia sedia dilancarkan secara rasmi.

Berkaitan

  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Boleh Hantar Mesej Tanpa Internet, bitchat mesh Kini Tersedia Di App Store
  • WhatsApp Bakal Benarkan Tetapan Peringatan Untuk Panggilan Tidak Dijawab

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY