Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar ‘View Once’

WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar ‘View Once’

Diterbitkan November 1, 2022 · Dikemas kini November 1, 2022 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, WhatsApp mengumumkan ciri ‘view once’ atau paparan sekali untuk WhatsApp web dan desktop akan dihentikan bermula 1 November 2022. Pengumuman itu adalah selaras dengan pelaksanaan ciri privasi baharu yang telah diumumkan pada Ogos lepas.

Berkaitan

  • Akhirnya Pengguna WhatsApp Akan Terima 3 Ciri Privasi Ini
  • 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp
  • Ciri 'View Once' Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
  • Ini 6 Ciri Terbaru WhatsApp Yang Sepatutnya Anda Sudah Terima Dan Bakal Dapat

Terbaharu, WhatsApp mula menawarkan ciri sekatan tangkap layar dan rakaman skrin untuk video atau gambar yang dihantar secara ‘view once’ untuk peranti Android dan iOS.

view once block

Melalui ciri ini, ia memberikan privasi tambahan kepada pengguna apabila mesej paparan sekali dihantar, kerana dapat menghalang penerima untuk membuat tangkapan atau rakaman skrin. Ia sekali gus dapat menghalang penerima untuk menyimpan gambar atau video berkenaan.

Sama seperti ciri-ciri yang hadir sebelum ini, ciri sekatan tangkap layar ‘view once’ ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp versi terkini.

Gambar utama: Mirror

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY