Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status ‘Online’, Ini Caranya

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status ‘Online’, Ini Caranya

Diterbitkan Oktober 21, 2022 · Dikemas kini Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa bulan lalu, Mark Zuckerberg telah mengumumkan ciri privasi baharu yang akan hadir di aplikasi WhatsApp. Antaranya termasuk menyembunyikan status online atau dalam talian.

Terbaharu, WhatsApp kini mula menawarkan ciri tersebut kepada pengguna aplikasi pemesejan itu. Melaluinya, ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengawal tetapan yang sama seperti ciri “Last Seen”.

Ini bermakna, selain tetapan menyembunyikan “Last seen” yang sudah sedia ada, WhatsApp menambah baik ciri itu dengan menawarkan ciri tambahan untuk menyembunyikan status “online”, di bahagian tetapan yang sama.

Berkaitan

  • 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp
  • WhatsApp Kini Bolehkan Ahli 'Group' Keluar Secara Senyap
  • Grup WhatsApp Kini Boleh Disertai Sehingga 1,024 Ahli

Tinjauan penulis mendapati rata-rata pengguna WhatsApp versi Android mula menerima ciri tersebut. Bagaimanapun, WhatsApp versi iOS belum lagi ditawarkan atau mungkin hadir secara berperingkat.

Bagi yang ingin menyembunyikan status ‘online‘ di aplikasi WhatsApp, berikut disediakan beberapa langkah mudah:

1. Buka WhatsApp pada peranti Android dan tekan butang tiga titik di bahagian atas.

online whatsapp

2. Pergi ke Settings > Account > Privacy.

3. Di bahagian “Privacy”, pilih “Last seen and online”.

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status ‘Online’, Ini Caranya

4. Kemudian, tandakan pada “Nobody” di bahagian “Who can see my last seen”. Sementara itu, di bahagian “Who can see when I’m online” tandakan pada “Same as last seen”.

Selesai. Anda kini berjaya menyembunyikan last seen dan status dalam talian di aplikasi WhatsApp.

Dari semasa ke semasa, pengguna WhatsApp versi iOS juga boleh menyemak jika ciri ini sudah tersedia dengan cara buka aplikasi WhatsApp, kemudian pergi ke Settings > Account > Privacy > Last seen.

Perlu diketahui, anda juga tidak akan dapat melihat last seen dan status dalam talian pengguna lain, jika menyembunyikan kedua-dua tetapan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY