Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri ‘View Once’ Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Ciri ‘View Once’ Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Diterbitkan Oktober 6, 2022 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mengumumkan, ciri ‘view once’ atau sekali tontonan untuk WhatsApp web dan desktop akan dihentikan bermula 1 November 2022. Ini bermakna, pengguna bagi versi web dan desktop tidak lagi dapat menghantar atau menerima media sekali tontonan.

view once

Menurut WhatsApp, perubahan ini adalah selaras dengan pengenalan ciri baharu nanti, yang membolehkan sekatan tangkapan skrin untuk video atau gambar yang dihantar dengan sekali paparan. Melalui ciri tersebut, ia dapat menghalang penerima untuk membuat tangkapan skrin atau merakam video yang dihantar untuk paparan satu kali.

Berkaitan

  • Akhirnya Pengguna WhatsApp Akan Terima 3 Ciri Privasi Ini
  • 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp

Bermula tarikh tersebut, sekiranya pengguna ingin menghantar atau menerima media sekali tontonan, ianya hanya boleh dilakukan melalui peranti mudah alih sahaja.

Untuk pengetahuan, melalui ciri ‘view once’ ini membolehkan pengguna menghantar foto atau video yang akan hilang daripada WhatsApp selepas penerima membuka media tersebut dan keluar daripada pemapar media.

Di sisi yang lain, pengumuman ini juga bermakna WhatsApp mungkin akan memperkenalkan ciri sekatan tangkapan skrin untuk video atau gambar sekali paparan tidak lama lagi.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY