Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp privasi

Akhirnya Pengguna WhatsApp Akan Terima 3 Ciri Privasi Ini

Diterbitkan Ogos 9, 2022 oleh Amalina Athman

Mark Zuckerberg melalui hantaran di Facebook hari ini telah mengumumkan beberapa ciri privasi baharu yang akan hadir di aplikasi WhatsApp.

Antaranya termasuk keluar dari kumpulan WhatsApp tanpa pengetahuan ahli yang lain, berbanding sebelum ini di mana ahli yang lain akan melihat pemberitahuan mengenai ahli yang telah meninggalkan kumpulan WhatsApp tersebut.

privasi WhatsApp

Selain itu, WhatsApp juga memberikan lebih kawalan ke atas siapa yang boleh melihat apabila pengguna berada dalam talian atau ‘online’. Ciri ini adalah sama seperti kawalan ‘last seen’, yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk menetapkan tiada yang boleh melihat apabila mereka menggunakan WhatsApp. Dalam erti kata lain, pengguna boleh menyembunyikan status ‘online’ mereka.

Akhirnya Pengguna WhatsApp Akan Terima 3 Ciri Privasi Ini

Untuk ciri ketiga, aplikasi ini akan menyekat tangkapan skrin atau screenshot bagi video atau gambar yang dihantar untuk paparan sekali atau “view once”. Dengan ciri ini, ia dapat menghalang penerima untuk membuat tangkapan skrin atau merakam video yang dihantar untuk paparan satu kali.

Berkaitan

  • 'Admin' Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp Tidak Lama Lagi
  • Akhirnya 4 Ciri Baru WhatsApp Yang Ditunggu-Tunggu Pengguna Sudah Tiba
  • WhatsApp Kini Beri Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej

Buat masa ini, kesemua ciri berkenaan masih lagi dalam fasa pembangunan. Namun, dengan pengumuman Mark Zuckerberg hari ini, ia dijangka bakal hadir tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY