Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Mula Papar Gambar Dari ‘Contacts’ Jika Profil Kosong

Diterbitkan Mac 31, 2026 · Dikemas kini Mac 31, 2026 oleh Amalina Athman

Sejak minggu lalu, sebilangan pengguna melaporkan gambar profil WhatsApp yang kosong digantikan dengan gambar daripada Apple Account atau yang disimpan dalam senarai kenalan.

Terbaharu, laporan WABetaInfo mengesahkan perkara ini merupakan ciri baharu yang kini sedang diperkenalkan kepada penguji WhatsApp beta versi iOS.

Melalui ciri ini, jika seseorang tidak menetapkan gambar profil, WhatsApp akan secara automatik memaparkan gambar yang tersedia dalam tetapan iPhone pengguna.

WhatsApp Mula Papar Gambar Dari ‘Contacts’ Jika Profil Kosong

Difahamkan, terdapat dua situasi utama di mana fungsi ini digunakan.

Situasi pertama melibatkan profil sendiri. Jika pengguna tidak mempunyai gambar profil, WhatsApp akan memaparkan gambar daripada “My Card” atau Apple Account. Namun, gambar ini hanya dipaparkan pada peranti sendiri dan tidak dapat dilihat oleh pengguna lain, kecuali mereka turut menyimpan gambar tersebut dalam senarai kenalan.

Situasi kedua pula melibatkan tetapan privasi. Jika seseorang mengehadkan paparan gambar profil, seperti menetapkannya kepada “Tiada sesiapa” atau “Kenalan saya kecuali”, sesetengah pengguna tidak akan dapat melihat gambar profil tersebut. Dalam keadaan ini, WhatsApp akan memaparkan gambar yang disimpan dalam senarai kenalan mereka sebagai gantian, jika ada.

Buat masa ini, ciri ini tersedia kepada sebahagian pengguna beta melalui TestFlight. Dalam masa sama, terdapat juga pengguna iOS versi stabil yang mula melihat fungsi ini, menandakan WhatsApp sedang memperluaskan ujian kepada lebih ramai pengguna.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • WhatsApp Uji Ciri Senarai Audiens Tersuai Untuk Kemas Kini Status
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY