Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Writing Help

WhatsApp Perkenal ‘Writing Help’ – Ciri AI Untuk Hasilkan Mesej Lebih Kemas

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang membolehkan pengguna menyusun semula, menyemak ejaan atau menukar nada mesej dengan lebih mudah.

Seperti ringkasan mesej AI, ciri “Writing Help” juga menggunakan teknologi Private Processing daripada Meta. Melaluinya, pengguna boleh menerima cadangan mesej hasil janaan AI tanpa Meta atau WhatsApp membaca mesej asal mahupun suntingan yang dicadangkan. Ini bermakna mesej di platform tersebut kekal peribadi walaupun ciri baharu ini digunakan.

Dengan ciri ini, pengguna boleh memilih untuk menjadikan mesej lebih profesional, lucu atau sekadar diringkaskan semula. Semuanya terus dalam aplikasi, tanpa perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga seperti ChatGPT.

WhatsApp Writing Help

Namun, seperti ciri Meta AI lain yang diintegrasikan dalam WhatsApp, Writing Help masih belum tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan dalam bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan beberapa negara terpilih. WhatsApp turut merancang untuk memperluaskannya ke bahasa serta negara lain menjelang lewat tahun ini.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Ciri Ringkasan Mesej AI, Isu Privasi Jadi Persoalan
  • WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani 'Scammer'
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY