Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Terjemahan Mesej Secara Automatik

Diterbitkan Februari 13, 2025 ยท Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Menerusi kemas kini WhatsApp beta terbaru untuk Android 2.25.4.5 yang tersedia di Google Play Store, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri dengan keupayaan mengesan bahasa mesej secara automatik untuk tujuan terjemahan.

Seperti dikongsi dalam tangkap layar, pengguna perlu memuat turun pek bahasa tertentu untuk mengaktifkan pengesanan bahasa secara automatik.

whatsapp translate auto

Dengan pek bahasa tersebut, pengguna tidak memerlukan sambungan Internet untuk melakukan terjemahan kerana proses dijalankan secara luar talian.

Apa maknanya? Langkah ini dapat memastikan tiada data akan dihantar ke pelayan luar (external server), sekali gus memastikan privasi mesej terpelihara dan mengekalkan penyulitan hujung ke hujung.

Difahamkan, pek bahasa ini boleh dipadamkan pada bila-bila masa melalui tetapan storan WhatsApp. Jika ingin menterjemah dalam bahasa lain pada masa akan datang, pengguna hanya perlu memuat turun semula pek bahasa yang diperlukan.

Ciri ini akan menjadi sangat berguna dalam perbualan berkumpulan, di mana pelbagai pengguna mungkin menghantar mesej dalam bahasa yang berbeza.

Daripada perlu memilih bahasa tertentu untuk diterjemahkan, pengguna sebaliknya boleh menggunakan pengesanan bahasa automatik untuk memudahkan proses terjemahan.

Buat masa ini, ciri berkenaan masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • WhatsApp Kini Bolehkan Pengguna Tambah Lagu Dalam Status
  • Pengguna iOS Kelak Boleh Log Masuk Berbilang Akaun WhatsApp Dalam Satu Peranti
  • ChatGPT Di WhatsApp Sokong Muat Naik Imej & Mesej Suara, Hasilnya Begini

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY