Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp username_

WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram

Diterbitkan Disember 4, 2023 · Dikemas kini Disember 4, 2023 oleh Amalina Athman

Mula dilaporkan sejak Mei lalu, keupayaan carian melalui username atau nama pengguna di WhatsApp kini mula tersedia buat penguji beta untuk Android 2.23.25.19 di Google Play Store.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had
  • Ini Cara Tetapkan 'Kod Rahsia' Untuk Kunci Sembang Di WhatsApp

Seperti dikongsi oleh WABetaInfo, bar carian di aplikasi pemesejan itu akan membolehkan pengguna mencari pengguna lain melalui username. 

WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram

Bagi yang menggunakan Telegram, pastinya sedia maklum dengan ciri sedemikian yang telah pun ditawarkan di aplikasi itu.

Berbalik kepada WhatsApp, perlu diketahui tetapan nama pengguna adalah pilihan sepenuhnya, yang mana pengguna mempunyai kawalan ke atas ciri ini – seperti mengalih keluar nama pengguna pada bila-bila masa.

Melalui ciri ini kelak, pengguna boleh berhubung dengan orang lain tanpa perlu mendedahkan nombor telefon peribadi. Sebagai tambahan, ia juga dapat meningkatkan privasi dan memudahkan proses berhubung.

Buat masa ini, ciri carian melalui nama pengguna masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY